Jumaat, 30 Disember 2011

HOTEL AIS PERTAMA TIMUR EROPAH DI TASIK GLASIER BALEA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras merupakan hotel pertama seumpamanya di Timur Eropah.. Hotel ini menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais..

Seorang pelanggan hotel ais sedang mengambil gambar pasangannya ketika menginap di hotel itu yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras, semalam. - AGENSI



Tidur di atas katil yang diperbuat daripada ais memberi satu pengalaman unik kepada setiap pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti.

Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais.

Pengunjung turut berpeluang menggunakan kemudahan lain seperti restoran dan bar yang menyediakan gelas dan meja diperbuat daripada ais.

Setiap kali tiba musim sejuk sejak 2005, hotel unik tersebut akan dibina semula untuk menampilkan kelainan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Tukang ukir tempatan bertanggungjawab mengukir bongkah-bongkah ais besar untuk membina dan meninggikan dinding hotel tersebut.

Hotel yang mempunyai antara 10 hingga 14 bilik itu terletak pada altitud 2,034 meter.

Namun, bukan semua pengunjung dapat bertahan menginap di hotel tersebut kerana suhu di dalamnya dicatatkan serendah -4 darjah Celcius, walaupun selimut tebal disediakan.

Hotel of Ice merupakan hotel pertama seumpamanya di Timur Eropah dan pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk sampai ke sana. - AGENSI




P/S: Pergh!Siapa yang tak tahan sejuk memang tak boleh merasa la hotel ni.. Hehehe.. ;)

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)