:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Khamis, 22 Disember 2011

32,271 CALON PMR 2011 DAPAT A

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hari ni keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 telah diumukan.. seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran, berbanding 30,863 pelajar pada tahun 2010..




PUTRAJAYA - Seramai 34,271 pelajar mendapat gred A dalam semua mata pelajaran Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, berbanding 30,863 pelajar pada 2010, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud.

Angka itu adalah peningkatan 0.75 peratus, katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

"Pada keseluruhannya, pencapaian calon PMR tahun 2011 dalam 17 mata pelajaran adalah yang terbaik dalam empat tahun berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 2.71 mata," katanya pada sidang media mengumumkan keputusan PMR 2011, di sini hari ini.

Katanya kementerian itu berterima kasih kepada guru dan pelajar serta semua pihak yang berkenaan atas usaha mereka membantu meningkatkan GPN tahun ini.

Abd Ghafar berkata bilangan calon yang mendapat gred E dalam semua mata pelajaran pula menurun daripada 386 orang pada 2010 kepada 346 tahun ini.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Tahniah diucapkan kepada adik adik yang dapat keputusan cemerlang tu.. Jangan cemerlang masa PMR aje ye.. SPM pun kena kasi mantop gak.. Hehehe.. Urm, kepada yang tak berjaya pula, jangan frust menonggeng sangat ye.. Korang boleh cuba lagi masa SPM nanti.. Renung-renungkan kata-kata emas dibawah ni..


Sekian, Wassalam

3 ulasan:

whitecappuccino berkata...

betul tu..jangan leka dengan kejayaan ini..buktikn lagi dalam spm..

deen azmee berkata...

@whitecappuccino

hehehe.. :)

Fariduddin El-Islam berkata...

Jgn mudah berputus asa. Aku sudi berkongsi pngalamn bagi mereka yg mendapat keputusan yg kurang mmberangsangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)