Ahad, 18 Disember 2011

KONSERT AWIE & ELLA, RAJA & RATU MALAYSIA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hurmmm.. Nak masuk tahun baru ni banyak la pula golongan artis nak buat konsert kan.. Sebelum ni pasal Konsert Reunion XPDC 2012.. Kali ni vokalis kumpulan Wings, Awie dan ratu rock Ella pula berkemungkinan akan membuka tirai 2012 dengan Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Malaysia.. Konsert ni akan diadakan selama empat hari bermula 12 Januari 2012..




18 Dis - Selepas kejayaan teater "Cuci The Musical" musim pertama dan kedua serta "Lat Kampung Boy The Musical", syarikat produksi Tall Order Production milik pengarah, penerbit dan pelakon terkenal akan membuka tirai 2012 dengan Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Malaysia.

Bersetkan hutan dan dilengkapi dengan pencahayaan yang akan menghidupkan pentas Istana Budaya, konsert yang akan diadakan selama empat hari bermula 12 Januari 2012 akan mengimbau kembali zaman kegemilangan lagu-lagu hits mereka sepanjang karier.

Penonton akan turut menyaksikan Awie dan Ella berduet dalam beberapa buah lagu pilihan mereka antaranya seperti "Baldu Biru". Mereka dijadualkan akan mempersembahkan tujuh lagu setiap seorang daripada album solo masing-masing di bawah pengarah muzik konsert Edrie Hashim.

Sebanyak enam persembahan sahaja akan diadakan sepanjang empat hari Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Malaysia. Peminat boleh mendapatkan tiket yang dijual dengan harga RM40, RM80, RM140, RM210, RM300, RM400 dan RM450 di laman web Ticket2uBiz. Untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi 03-4147 8600 atau untuk pakej korporat, hubungi Tall Order Production di talian 03-4253 2241 atau 03-4253 2271.


Sumber: Yahoo


P/S: Banyak sangat konsert.. Tak larat nak ikut sangat.. Hehehe..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)