:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Jumaat, 30 Disember 2011

POLIS GESA SELESAI SEGERA ISU GANGGUAN HANTU KAK LIMAH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Entri ni adalah sambungan tentang isu lembaga hantu Kak Limah yang mengganggu keluarga Mazlan Ali.. Sini, Sini, Sini, dan Sini.. Kisah keluarga yang didakwa diganggu lembaga yang persis hantu Kak Limah telah mendapat perhatian pihak polis.. Setelah disiasat isu ni tiada kaitan dengan unsur jenayah.. Pihak polis meminta keluarga Mazlan Ali segera mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan isu gangguan ni..




MARANG – Polis meminta keluarga Mazlan Ali, 55, dari Kampung Temiang, di sini, segera mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan gangguan lembaga wanita berambut panjang menyerupai hantu Kak Limah yang dikatakan mengganggu mereka.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superinten-dan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, pihaknya telah me-nyi­asat perkara itu namun mendapati ia tiada sebarang unsur jenayah.

“Bagaimanapun, kami harap keluarga terbabit dapat segera mencari jalan penyelesaian sekali gus dapat memastikan keadaan kembali seperti sedia kala. Kita bimbang jika keadaan itu berterusan, ia akan menjejaskan kehidupan orang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Mazlan berkata, pihaknya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan jawatankuasa masjid di kampung itu dapat membantu keluarga terbabit.

Sementara itu, ketika me­ngunjungi Mazlan kelmarin, Sinar Harian diberitahu, kerisauan keluarga itu terhadap gangguan misteri itu dijangka berakhir tidak lama lagi, apabila ada pihak sudi tampil untuk membantu mereka.

Mazlan berkata, dia menerima panggilan daripada seorang lelaki bergelar ustaz dari Hulu Selangor sejak tiga hari lalu, yang sanggup menyelesaikan misteri menghimpit keluarganya dengan percuma.

Menurutnya, ustaz itu akan datang ke rumahnya esok, bersama dua lagi pembantu bagi menangani gangguan yang berlaku sejak dia bawa pulang beberapa keping papan, perabot dan tiang rumah pusaka milik keluarganya di Jerangau, November lalu.

“Sebaik menerima panggilan daripada ustaz itu, saya rasa sungguh lega. Alhamdulillah ada juga pihak sudi membantu kami. Buat masa ini, ustaz itu sudah beberapa kali menghubungi saya dan bertanya per­kembangan berhubung gangguan dialami,” katanya.

Sementara itu, seorang ustaz yang enggan namanya didedahkan, berkata, keluarga itu perlu sentiasa mendekatkan diri mereka dengan ALLAH SWT dan jangan terlalu percayakan bomoh atau dukun palsu.

Menurutnya, tidak sukar untuk mengetahui sama ada perubatan itu khurafat atau tidak dan sama ada bomoh atau dukun adalah palsu atau tidak.

“Keluarga ini perlu me­ngelak dari mendapat khidmat perubatan melalui mantera, tidak guna ayat al-Quran atau tau jika dalam bahasa lain ia berbunyi janggal,” katanya.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Semoga isu gangguan hantu Kak Limah yang menghantui keluarga Mazlan Ali ni dapat diselesaikan..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)