Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pengemar novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Azhari sudah pasti tidak sabar menonton siaran perdana filem Ombak Rindu yang ditayangkan di pawagam semalam.. Filem ini Mengadingkan aktres filem "Pisau Cukur" Maya Karin dan hero filem "KL Gangster" Aaron Aziz.. Adakah filem ini bakal menandingi filem Lagenda Budak Setan?
Maya Karin Gementar Beraksi Ranjang
29 Nov
– Keserasian dan kemesraan yang ditonjolkan begitu menyerlah sehingga
sesiapa yang melihat pasti mencemburui kasih sayang antara mereka
berdua. Begitulah hebatnya watak yang ditonjolkan oleh Maya Karin dan
Aaron Aziz dalam filem "Ombak Rindu".
Mengulas mengenai gandingannya bersama aktor pujaan ramai itu, aktres
"Pisau Cukur" itu memuji tahap profesionalisme yang ditonjolkan oleh
Aaron. Tambahan pula terdapat beberapa babak ranjang dan adegan mesra
yang perlu dilakukan walaupun dia mengakui gementar.
"Seronok berlakon dengan Aaron. Seperti peminat lain, dia juga merupakan
hero kegemaran saya. Dia seorang yang profesional dan menghormati saya.
Ketika di set penggambaran, dia tahu bila masa yang sesuai untuk
bergurau dan juga bila saya perlu dapatkan mood," ujar aktres berusia 32
tahun ini ketika ditemui selepas majlis pra-tonton "Ombak Rindu"
baru-baru ini.
"Saya akui sangat gementar sebelum setiap kali ingin memulakan babak
ranjang dan mesra itu. Terus-terang, saya ingin lakonkan babak atas
katil itu kerana belum pernah saya melakukan babak tersebut sepanjang
karier saya. Walaupun pada awalnya terasa pelik dan gementar, tetapi
syukur Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar," akhirinya.
Filem romantik arahan Osman Ali ini akan menemui penonton di pawagam pada 1 Disember akan datang.
Sumber: Yahoo
P/S: Hahaha.. Kelakar pula statement si Maya ni.. Lafaz syukur semata-mata berjaya melakonkan aksi ranjang? Hurmmm.. Macam macam..
Sekian, Wassalam
2 ulasan:
haah, lawak statement last tu...hahahaha
agak la...rasa macam hampeh aje ucap syukur untuk adegan macam tu...huhuhu
Catat Ulasan