Rabu, 21 Disember 2011

KILAT KASUT DAPAT RM476.52 SEHARI DI WASHINGTON?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Rezeki ada dimana-mana.. Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio mampu memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas dengan hanya mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C..

GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu.



WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.

Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.

Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.

Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but.

"Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. - AFP




P/S: Pergh! Sehari RM400 lebih.. Sebulan dah RM12,000 dalam tangan.. Kalau setahun? Tolak tambah keuntungan musim sejuk mungkin dalam RM120,000 lebih wooo.. Hurmmm.. Rezeki tuhan kepada hamba-hambaNya.. Siapa berusaha lebih dia dapat.. Hehehe..

Sekian, Wassalam

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yup, rezeki masing-masing.
Untunglaa.
:)

TiTi berkata...

tukang kasut kat malaysia boleh dapat pendapatan RM 2-3K sebulan ^_^

Udin berkata...

@Miziey

tu la kan.. rezeki ni ada di mana mana.. sapa berusaha dia dapat.. hurmmm..

Udin berkata...

@TiTi

tapi sayang tak ramai yg nak jadikan sebagai kerjaya.. hehehe.. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)