Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Seekor orang utan jantan berusia 40 tahun yang dinamakan Puyul terpaksa dibedah bagi mengubati kaki haiwan itu yang patah di sebuah pusat Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera (SOCP)..
MARVEL diberikan bantuan pernafasan di sebuah pusat Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera di Batu Mbelin pada 29 Disember lalu.
BATU MBELIN, Indonesia - Seekor orang utan jantan berusia 40 tahun bernama Puyul terpaksa dibedah bagi mengubati kaki haiwan itu yang patah.
Puyul menjalani pembedahan tersebut di sebuah pusat Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatera (SOCP) di sini, Sumatera Utara baru-baru ini.
Kaki mamalia itu patah semasa ia diselamatkan oleh beberapa sukarelawan selepas ditemui berkeliaran di sebuah ladang getah berhampiran perkampungan manusia.
Selain Puyul, seekor orang utan berusia empat tahun, Marvel turut menjalani pembedahan di pusat berkenaan.
Kaki Marvel terpaksa dipotong kerana jangkitan kuman akibat dirantai semasa ia dijadikan sebagai haiwan peliharaan. - Agensi
Sumber: Kosmo! Online
P/S: Hurmmm.. Orang Utan pun makhluk Tuhan juga..Elok la dijaga sebelum pupus dari mukabumi ni..
Sekian, Wassalam
4 ulasan:
mesti dia cuak je bila tgk orang nak bedah dia.. hehehe
kesiannya dia.tapi orang utan cute
@cik pulau
hahahaha.. ;)
@rozuan ismail
selagi spesis ni masih ada jaga la elok2 kan.. hehehe..
Catat Ulasan