Khamis, 5 Januari 2012

KERETA CURI DITANAM DALAM TANAH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dibongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung La, Hulu Besut, Besut, Kuala terengganu dan menemui rangka kereta ditanam di belakang rumah berkenaan..

SEORANG anggota polis melihat rangka kereta yang ditanam di belakang rumah di Kampung La, Besut semalam.



KUALA TERENGGANU – Taktik terbaharu sindiket curi kenderaan yang melupuskan rangka kereta dengan menanamnya di dalam tanah berjaya dikesan pihak polis.

Kegiatan tersebut terbongkar selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung La, Hulu Besut, Besut kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin dan menemui rangka kereta ditanam di belakang rumah berkenaan.

Bagaimanapun, jenis kereta yang dipercayai dicuri itu masih belum diketahui.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manorahan berkata, taktik itu terbongkar susulan penahanan seorang penagih dadah pada 27 Disember lalu di depan sebuah rumah di kampung itu.




P/S: Licik sungguh diorang ni.. Hurmmm..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

berani betul la diorg ni...hurmmmm...

Udin berkata...

@Syieda

zaman skang ni demi wang ringgit macam2 orang sanggup buat.. kadang2 tak pernah terfikir pun.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)