Ahad, 4 Disember 2011

VIDEO KENYATAAN SHIDA HARMI TENTANG ISU KHAIRUL FAHMI

Assalamualaikum


Manusia mana yang tak pernah lakukan kesilapan kan.. Setelah pelbagai kontroversi yang melanda penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat (Apek) kini Shida Harmi sendiri telah tampil memberikan penjelasan sebenar tentang isu tersebut..


Shida Harmi beri penjelasan

2 Dis – Selepas beberapa keping gambar intim penjaga gol bola sepak Malaysia Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek bersama seorang wanita bernama Shida Harmi tersebar di Internet, pelbagai tohmahan telah dilontarkan kepada mereka berdua dan oleh kerana itu, Shida tampil memberikan penjelasan sebenar.

Dipetik daripada akhbar Harian Metro, pemilik nama Nor Hashidah Harmi mengakui telah diganggu dan dihamburkan kata-kata kesat serta penghinaan. Malah ibu bapanya turut dikaitkan dengan kontroversi itu.

Shida yang hadir bersama ibunya memberitahu paparan mesej BlackBerry Messenger (BBM) yang disebar itu adalah fitnah.

"Jika diperhatikan, BBM akan tertera huruf R atau D iaitu singkatan bagi read atau delivered. Jika benar itu adalah mesej antara saya dan Apek, di mana gambar profil kami?," jelas gadis berusia 23 tahun ini.

Shida yang hanya mengetahui perkara tersebut selepas diberitahu oleh Apek mengakui gambar tersebut telah diambil pada Mac lalu sebelum mereka bertunang dengan pasangan masing-masing. Malah mereka bukan berdua-duaan, sebaliknya ditemani beberapa rakan yang lain.

Sebelum ini Shida yang pernah dikaikan sebagai punca perpisahan antara Apek dan bekas tunangnya, Aimie Harmelia Mohd Hashumi turut memberitahu gambar tersebut telah mengganggu emosi dan mencalarkan maruahnya dan keluarga. Tambahan pula dia bakal mendirikan rumah tangga kurang daripada dua minggu lagi bersama jejaka pilihan, Mohd Danial Adnan.


Video Kenyataan Shida Harmi Tentang Isu Khairul Fahmi Che Mat (Apek)


Sumber: rotikaya


Sumber: Yahoo


P/S: Hurmmm.. Aku harap dengan penjelasan ini dapat meredakan segala kontroversi yang melanda Apek kini.. Bagi la dia sedikit ruang untuk fokus dalam kerjaya Bola Sepak.. Rugi la kalau gara gara kontroversi ini akan menganggu kerjaya Apek dalam sukan Bola Sepak.. Manusia mana yang tek pernah lakukan kesilapan kan.. Bak kata pepatah Melayu, "Buang yang keruh, ambil yang jernih"..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Admin berkata...

Hanya mampu angkat kening
kalau dengar cerita2 skandal ni,
huhu kalau saya jadi perempuan yang
dikaitkan dengan skandal, mak aih malu !

Admin berkata...

1. Nak Salahkan Siapa Kalau Kau Sakit?
2. Jom Sertai Bloglist ahsfantasy24.com 2012 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)