:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 1 Januari 2013

PELAKON DAN MODEL WANITA SEKSI POSITIF DADAH DICEKUP BERSAMA TEMAN LELAKI?



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang pelakon dan model wanita seksi ditahan bersama teman lelakinya oleh polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya selepas didapati memiliki dadah di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai.



Seorang pelakon dan model wanita yang terkenal dengan pelbagai kontroversi, dicekup polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, kerana didapati memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah di Damansara Damai, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 petang, pelakon berusia 26 tahun itu ditahan bersama teman lelakinya, seorang penganggur juga berusia 26 tahun, selepas didapati memiliki dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram ketika pemeriksaan dalam kediaman berkenaan.

Menurut sumber, pasukan polis menyerbu kediaman berkenaan selepas melakukan intipan sejurus menerima maklumat daripada orang awam mendakwa kedua-dua suspek disyaki terbabit dalam kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan dan mereka pada mulanya enggan bekerjasama apabila tidak membuka pintu walaupun polis sudah memperkenalkan diri.

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera menutupnya semula selepas menyedari kehadiran polis,” katanya.

Sumber: Harian Metro

P/S: Apa nak jadi la. Baru masuk awal tahun dah ada kes sampah macam ni. Hurm.

Sekian, Wassalam.

1 ulasan:

Rozuan Ismail berkata...

patotnya artis jadi model yang baik untuk masyarakat. bukannya dengan melakukan maksiat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)