Ahad, 30 Disember 2012

MARAH BANTU PANJANG UMUR?



Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Pergh! Aku tertarik nak kongsi satu artikel yang aku petik dari akhar Berita Harian tentang suatu kajian yang menyatakan bahawa marah mampu panjangkan umur. Macam kelakar kan? Takpa mai korang baca artikel ni sampai habis dulu pastu baru korang faham apa yang cuba disampaikan. Jom!




Kajian dapati kemarahan tak diluah mudah dapat penyakit?

Melepaskan kemarahan yang meluap dan menunjukkan emosi negatif tanpa berselindung adalah baik untuk kesihatan dan dapat membantu memanjangkan umur seseorang. 

Ketua penyelidik, Marcus Mund dan dibantu Kristin Mitte dari Universiti Jena di Jerman menyatakan, kemarahan yang tidak diluahkan boleh mewujudkan perasaan dendam dan sakit hati yang tidak dapat disembuhkan.

Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris," Marcus Mund, Ketua penyelidik

“Kami membuat penelitian dan cuba membandingkan sikap orang Itali dan Sepanyol yang pemarah dengan orang Inggeris yang suka memendam marah mereka.

Kesan fizikal dan mental?

“Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris. Tambahan lagi watak orang Inggeris yang suka memendam kemarahan boleh memberi akibat serius kepada kesihatan fizikal dan mental mereka,” kata Mund yang dipetik akhbar Daily Mail.

Mund berkata, di dalam kajian yang dijalankan ke atas lebih 6,000 pesakit, mereka mendapati responden yang menyembunyikan rasa cemas dilaporkan mengalami peningkatan denyut nadi dan dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung. 

“Mereka yang memendam kemarahan juga berisiko tinggi mengalami pelbagai gangguan kesihatan akibat sikap masing-masing,” katanya.

Mampu pulih kesihatan?

Mund berkata, orang yang suka memendam kemarahan cenderung menghindari risiko dan selalu bertindak sendiri untuk mengatasi tekanan yang dialami.

Bagaimanapun kajian turut mendapati bahawa orang yang suka memendam perasaan dan berisiko tinggi diserang penyakit, berkeupayaan memulihkan kesihatan mereka dengan lebih cepat.

“Oleh kerana mereka biasa memendam perasaan, kelompok ini juga mempunyai motivasi lebih tinggi untuk mengubah gaya hidup mereka menjadi lebih baik,” katanya. – Agensi


Sumber: Berita Harian


P/S: Hurm. Kesimpulannya kita jangan pendam perasaan sangat yer. Bila ada masalah tu luahkan jer pada family korang ker, member korang ker, kucing korang pon boleh janji jangan dok pendam perasaan marah korang tu. Tapi jangan pula marah sampai berlebih lebihan pula yer. Takut jadi benda lain pula kan? Lepas luah apa yang terbuku di hati tu pergi ambil air sembahyang pastu solat. InshaAllah perasaan marah korang tu akan mulai kurang. Tak caya? Try buat tengok okay? Chow!

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)