Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TINGGAL DUNIA!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Selamat tinggal dunia. Hurm. Siapa pernah dengar ungkapan ni? Tak pernah? Kalau korang kipas susah mati band Butterfingers mesti tahu kan ungkapan selamat tinggal dunia ni kan? Takkan tak kenal kot. Power kot album diorang ni. Hehe. Tapi entri kali ni bukan aku aku nak berceloteh pasal muzik, atau mana mana band ye.



Memang secara jujur aku macam tak boleh terima hakikat hari ni merupakan hari terakhir tahun 2012 masihi. Segala perancangan yang aku rancang sebelum ni masih belum tercapai lagi. Fuh! Takpa aku kena lebih fokus lagi untuk tahun baru masihi yang bakal tiba ni. Hurm.

Dengan kesempatan yang masih ada ini aku ingin mengucapkan selamat tinggal tahun 2012! Memang pelbagai karenah yang telah aku lalui sepanjang setahun ni. Takpa aku anggap semua tu sebagai cabaran untuk aku lebih mara setapak lagi ke hadapan.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah mencapai segala yang korang target sepanjang tahun 2012 ni. Tahniah juga diucapkan kepada mereka yang telah selamat bertunang, menamatkan zaman bujang atau telah dikurniakan cahaya mata. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada korang.

Dengan kesempatan yang masih ada ni juga aku ingin memohon maaf kepada korang sama ada pembaca blog Deen Azmee ni atau rakan blogger yang mengenali diri ni andai sekiranya ada terlanjur kata dalam setiap entri yang pernah aku muatkan dalam blog ni sebelum ni. Maafkan lah aku okay. Aku doakan semoga ketibaan tahun baru 2013 masihi ni segala urusan kita akan Berjaya dan berhasil. InshaAllah.


P/S: Selamat menyambut tahun baru 2013 masihi. Hehehe.


Sekian, Wassalam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)