:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Khamis, 2 Februari 2012

TEKANAN DARAH TINGGI DAPAT KURANG DENGAN MINUM TEH?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.. Teh juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang..




Berita baik kepada penggemar teh, bahawa kajian dari Universiti Australia Barat dan Unilever mendapati dengan mengamalkan pengambilan tiga cawan teh sehari mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

Bagaimanapun, berdasarkan penemuan itu, ketua penyelidik, Profesor Jonathan Hodgson masih tidak dapat memastikan keberkesanannya jika individu memilih untuk meminum teh hitam atau menambah susu dalam minuman tersebut.

Teh merupakan minuman kedua pilihan masyarakat dunia selepas air kosong kerana ia kaya dengan zat kimia polifenol, antioksida yang mampu menghentikan pertumbuhan sel kanser.

Kajian dari Universiti Harvard mendapati minuman itu juga mampu meningkatkan sistem imun seseorang .

“Pada masa yang sama, kita juga perlu mengurangkan pengambilan garam dan memakan lebih banyak buah dan sayur-sayuran bagi mengekalkan kesihatan fizikal di samping berkesan untuk menurunkan tekanan darah,” jelas Hodgson.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Pergh! Caya la.. Teh memang antara minuman kegemaran pilihan aku.. Haha!

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)