Rabu, 7 Disember 2011

BERWASPADA KETIKA MEMBELI BELAH DI INTERNET

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Berwaspada la jika korang tergolong dalam golongan yang suka membeli belah di internet.. Jangan suka sangat memberikan nombor IC dan akaun bank begitu sahaja.. Berkemungkinan besar dengan mudah anda akan digodam oleh penjenayah siber yang sentiasa mencari kelemahan di sitem-sistem IT..





Seronok beli belah, lupa rahsia terdedah!

Cara tradisional beli-belah biasanya banyak sangat bergantung kepada pusat beli-belah yang bersepah macam cendawan tumbuh di pagi hari di negara ini. 

Tapi cara tersebut sangat konvensional. Berjalan, masuk kereta, parkir kereta, masuk ke pintu pusat membeli-belah, bayar parkir adalah kebiasaan ketika melakukan aktiviti itu. Tetapi, beli-belah secara online juga menjadi tumpuan, terutama masyarakat yang tinggal di pusat bandar. 

Masyarakat Malaysia memang suka membeli-belah, terutamanya pada waktu 'Mega Sale'

Asalkan ada komputer seperti laptop dan pakej broadband atau jalur lebar yang laju sikit sudah memadai. Baru-baru ini operator pembayaran digital, PayPal telah melakukan kajian terhadap aktiviti beli-belah online dan hasilnya tampak positif. 

Dalam kajian yang dijalankan terhadap 1,000 responden itu dengan kerjasama Nielsen Research, data jelas menunjukkan masa depan beli-belah online akan menjadi trend masa depan penduduk negara ini. 

Data jelas menunjukkan peningkatan dengan pasaran di negara ini saja telah mencecah RM1.8 bilion pada tahun 2010 dan ia dijangka bertambah dalam tempoh lima tahun lagi kepada RM5 bilion. 

Peniaga online di negara ini juga begitu kerana jumlah keseluruhan transaksi melibatkan mereka ialah RM825 juta berbeza dengan perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pembelian laman web atau blog luar iaitu hanya RM627 juta. 

Jumlah 45% tersebut memanglah menarik dan ia sepatutnya menambah banyak lagi perniagaan online sehinggalah menjadikan kedai maya berderet-deret disenaraikan dalam enjin carian nanti. 

Pada masa sama, pengguna sepatutnya mengambil langkah berhati-hati dan tidak terlalu ghairah ber'shopping' sakan dan syok memberikan nombor kad kredit atau nombor akaun bank atau maklumat peribadi lain begitu saja. 

Ia memandangkan kegiatan jenayah siber memang tidak dapat dielakkan malah akan bertambah dan penjenayah akan sentiasa mencari jalan 'vulnerable' untuk meloloskan diri bagi mencuri data pengguna. Tujuaannya hanya satu, data peribadi peribadi anda walaupun hanya satu nombor atau alamat sudah memadai buat mereka untuk dijual. 

 Penjenayah siber sentiasa mencari kelemahan di sistem-sistem IT

Berbalik kepada laporan PayPal tersebut, terdapat kajian yang menunjukkan juga kebanyakan pembeli online tidak tahu pun jumlah laman web yang memegang maklumat peribadi mereka dan tidak pula mengetahui maklumat apa yang dipegang (nombor IC? Alamat? Nombor kad kredit?) Penulis yakin mereka juga tidak mengetahui sejauh mana kekuatan 'firewall' laman tersebut dalam memelihara laman web mereka daripada diceroboh. 

Memandangkan tiada jalan lain yang dianggap selamat, pengguna terpaksa juga memberikan maklumat untuk mendapatkan barang diidamkan. Jadi, nasihat paling mudah ialah gunakan transaksi yang diyakini seperti PayPal. Sama ada anda pengguna atau peniaga, PayPal disifatkan cara bayar paling selamat sekarang. 

Masa depan beli-belah online akan tertumpu kepada sejauh mana teknologi mudah alih mampu berkembang seperti telefon pintar atau tablet tetapi yang paling ketara setakat ini ialah penggunaan telefon pintar. 

Mengikut kajian, pengguna telefon pintar di negara ini telah mencecah hingga 48% dan bakal bertambah kepada 89% dalam masa 12 bulan manakala pasaran tablet kini 18% tapi mampu pergi sejauh 75% untuk tempoh setahun juga. Ia bermaksud, pengguna mahukan pengalaman membeli-belah online yang pantas, cepat dan bila-bila masa yang hanya boleh dilihat bagi peralatan mudah alih. 

Untuk tujuan itu, vendor peralatan mudah alih dan pembangun apps atau aplikasi perlu memikirkan kaedah terbaik untuk memperketatkan tahap keselamatan dan mengoptimumkan pengalaman kepada pengguna. 

Setakat ini, perkara yang memisahkan pengguna mungkin hanya terletak pada skrin kecil yang tak cukup untuk memaparkan visual produk yang hendak dibeli selain tempoh transaksi yang mengambil masa agak lama. 

Sehubungan itu, kesemua masyarakat di negara ini perlu bersedia dengan evolusi baru dunia beli-belah dalam tempoh 12 bulan akan datang. Pastikan anda melihat sejauh mana ia berkembang! 


Sumber: Yahoo


P/S: Best ker kalau semua benda nak beli secara online? Aku rasa keluar bersantai sambil beli belah di pusat beli belah lagi meriah kot.. Hehehe..

Sekian, Wassalam

11 ulasan:

Woofer Storm berkata...

beli top up je brani secara on9.hehee

MalizaMah berkata...

betul beli top up jer berani scr on9...
ada kawan saya kan.. dia beli ps3.. kena tipu...
tak dapat apa2 pun...
kawan saya ni jenis uka beli barang on9.

whitecappuccino berkata...

seronok lagi gi jalan2 shopping..

Kancil 8349 berkata...

lebih baik berhati2 lepas nie

Kancil 8349 berkata...

terima kasih...kalau sudi datanglah ke blog kancil...

http://kancil8349.blogspot.com/2011/12/follower-blog-kancil-yang-ke-600.html

cerita best berkata...

pakjoe x penah beli pun dlm internet sbb pakjoe tkt kna tpu ja

Udin berkata...

@Woofer Storm

hehehe.. betul2.. :D

Udin berkata...

@Alieza Dayasari

hurmmm.. better pegi sendiri kedai lagi puas hati..

Udin berkata...

@whitecappuccino

yup.. betul tu.. baru rasa nikmat shopping kan.. hehehe.. :D

Udin berkata...

@Kancil 8349

yup.. betul tu saudara kancil.. hehe..

Udin berkata...

@cerita best

a'ah.. aku pun tak penah lagi beli online ni.. better pergi kedai terus lagi puas hati.. boleh tawar menawar dgn tauke kedai.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)