Khamis, 22 Disember 2011

PERANG ADLIN LAWAN CHEF WAN DI FACEBOOK

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hurmmm.. Macam ni la artis kita.. Macam dah jadi trend kat Malaysia ni.. Laman sosial dijadikan tempat untuk meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis..




Seperti menjadi trend artis di Malaysia ini, meluahkan perasaan marah terhadap rakan artis di laman sosial mereka, bukan sahaja memalukan diri sendiri malahan menunjukkan contoh yang tidak baik terhadap peminat.

Inilah yang terjadi di antara pelawak terkenal Adlin Aman Ramlie dan juga Chef terkenal, Chef Wan, yang menyelar tindakkan Adlin ketika membuat persembahan Maharaja Lawak Mega yang dikatakan terlampau sehingga sanggup melawak tentang arwah ayahnya sendiri. Kemudian, Chef Wan dengan beraninya telah memberi komen peribadi di dalam akaun Facebooknya tentang persembahan Adlin di dalam pertandingan tersebut.

Adlin Aman Ramlie tanpa berfikir panjang, telah menjawab apa yang dikatakan oleh Chef wan dan mengisytiharkan 'perang di laman sosial' di antara mereka berdua.

Tindakan mereka berdua ini sememangnya tidak professional dan tidak menampakkan kematangan mereka yang sememangnya telah lama di persada dunia hiburan.

Adlin juga kelihatan kecewa kerana tidak berjaya mara ke peringkat akhir, perjalanan Adlin di dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega berakhir pada minggu ke – 8.


Sumber: Yahoo


P/S: Hurmmmm.. Dalam isu ni aku sokong Chef Wan kot.. Adlin kena terima kenyataan yang lawak dia kurang menjadi jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain yang lebih menyerlah..

Sekian, Wassalam

4 ulasan:

Nafisya Ismail berkata...

ohhh macam tu ke? ish ish...

emarieys berkata...

entahlah nak kata apa..

Udin berkata...

@Nafisya Ismail

biasa la dunia artis.. macam macam hal.. hehehe..

Udin berkata...

@MamaEma

biarkan la diorang dgn dunia mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)