Sabtu, 10 Disember 2011

GEMPAR LANGSUIR BERTENGEK DI PALUNG AIR

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Hohoho.. Biar betul ni.. Aku online kejap FB tadi ramai yang post entri pasal Langsuir bertengek di palung air dekat area Kulim.. Pergh! Kulim dengan tempat aku bukan jauh mana pun.. Seram siot! Kononnya kelibat Langsuir ni pernah dilihat oleh seorang pekerja industri yang dikenali sebagai Hamzah Mohamad, 32 tahun pada sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalan balik ke rumahnya.. Kini kisah langsuir yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan Kulim Perdana pada waktu malam menjadi berita hangat penduduk.. 

 Sumber: Sinar Harian


HI-TECH, Kedah - Penduduk di Taman Kulim Perdana dekat sini digemparkan dengan penemuan lembaga wanita berambut panjang, serba putih yang sering bertenggek di palung air di selekoh masuk ke taman perumahan itu pada waktu malam. 

Pekerja industri, Hamzah Mohamad, 32, berkata, dia pernah ternampak lembaga itu sekitar jam 1 pagi ketika dalam perjalanan balik ke rumahnya. 

Menurutnya, lembaga itu sangat menggerunkan kerana ia dapat dilihat dari jauh. 

“Ketika kejadian saya baru sahaja selesai menghantar pekerja industri yang bekerja petang balik ke rumah.

“Saya kemudiannya menggunakan jalan pintas di hadapan Politeknik Kulim untuk ke Sungai Kob. Dari jarak 40 meter sebelum sampai ke selekoh masuk ke Taman Kulim Perdana, saya nampak kelibat seorang wanita berdiri di tepi jalan. 

“Apabila jarak saya semakin hampir dengan selekoh itu, saya nampak dengan jelas lembaga itu bertenggek di atas paip air. Lebih menakutkan apabila dia memandang ke arah saya di mana kepalanya berpusing hingga ke belakang,” katanya. 

Sementara itu, seorang pengamal perubatan tradisional yang hanya mahu dikenali Rosli berkata, lembaga yang dilihat selama ini adalah langsuir. 

“Langsuir ini merupakan seorang wanita yang terbunuh ketika bersalin atau dibunuh. Mungkin lembaga itu pernah terbunuh dalam kemalangan di sekitar kawasan itu. 

“Bagi mereka yang menggunakan jalan itu harus lebih berhati-hati kerana kecuaian atau terlalu memberikan perhatian kepadanya akan mengakibatkan mereka terlibat dalam kemalangan,” katanya. 

Cubaan Sinar Harian pergi ke tempat kejadian untuk merakamkan imej lembaga itu bagaimanapun gagal.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Hurmmm.. Nasihat aku tak payah kot nak taksub sangat dengan kisah macam ni.. Aku tak nafikan makhluk seperti ni wujud.. Mereka juga makhluk ciptaan Allah S.W.T. seperti kita manusia.. Makhluk yang digelar hantu oleh masyarakat kita seperti Langsuir, Pontianak, Pocong, Toyol, Pelesit, Hantu Raya, Penanggal dan macam macam lagi hanya sekadar jelmaan Jin dan Syaitan untuk menyesatkan manusia.. Sebaik-baiknya kita memohon pertolongan dari Allah S.W.T. agar tidak diganggu oleh godaan Jin, Syaitan dan Iblis.. Sekadar pandangan dari aku sahaja tentang isu ni.. Hehehe..

Sekian, Wassalam

5 ulasan:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

macam2 berita sekarang ni....

kui3...

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Tidak hairan kalau selepas ni ramai pula orang dari seluruh Malaysia ni yang kata mereka nampak langsuir... hurmmmmmmmmm......

CETUSAN SEIKHLAS RASA berkata...

Tidak hairan kalau selepas ni ramai pula orang dari seluruh Malaysia ni yang kata mereka nampak langsuir... hurmmmmmmmmm......

Udin berkata...

@GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr

hehehe.. tu la kan.. macam2 sgt skang ni..

Udin berkata...

@CETUSAN SEIKHLAS RASA

hehe.. biasa la org kita mmg suka kisah2 macam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)