Ahad, 11 Disember 2011

BUNKFACE TERKILAN LAGU 'PANIK' DIHARAMKAN RADIO TELEVISYEN MALAYSIA (RTM)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hurmmm.. Macam macam hal la.. Aku rasa ramai dah tahu kot pasal isu ni.. Lagu Panik kumpulan Bunkface telah diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) hanya kerana mempunyai perkataan 'Reformasi' dalam lirik lagu tersebut.. Apa masalah sangat la dengan perkataan 'Reformasi' tu?






Penyanyi utama kumpulan Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Mohd Baharum terkilan apabila lagu Panik diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sam berkata, pihaknya diberitahu oleh RTM bahawa lagu itu tidak akan dimainkan di stesen radio milik kerajaan itu kerana mempunyai perkataan 'reformasi' dalam liriknya.

"Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsurkan politik," ujarnya ketika ditemui mStar Online di sini, baru-baru ini.

Tambahnya, penggunaan perkataan itu juga tiada kena mengena dengan laungan Gerakan Reformasi oleh sebuah parti politik pembangkang satu ketika dahulu.

"Jika perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku, saya rasa tidak adil kerana maksud reformasi bukan merujuk kepada kejadian tersebut.

"Dan jika ya, sepatutnya perkataan itu dibuang terus daripada kamus," ujarnya.

Sementara itu, Sam berkata walaupun agak terkilan dengan tindakan RTM dia tidak patah semangat untuk terus menghasilkan lirik dan muzik yang bagus untuk peminat.

Katanya, dia menulis sesebuah lagu hanya berdasarkan kepada pengalaman hidup untuk dikongsi bersama peminat dan bukannya untuk menimbulkan kontroversi.

Sam juga baru-baru ini menerima anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) pada minggu lalu.


Sumber: mStar





Lirik Lagu Panik - Bunkface

Mereka mengatakan dunia
Penuduhan membabi buta
Sebalik sentiasa ada makna
Konspirasinya

Kini aku diperhati
Kanan kiri diawasi
Ancaman mereka tiada henti
Aku hadapi

Biarkan ku pergi juang
Bertetangan terus dan mati
Satu dunia cinta bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasa yang kita idamankan
Satu dunia sudah bersedia
Sudah bersedia

Reformasi mana sakti
Sini semua beraksi
Ancaman mereka tiada makna

Kini aku dipenuhi
Bayang dipancari benci
Ancaman mereka tiada henti
Aku selami

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia

Ku selalu berasingan jauh
Dan ku biarkan mulut celakamu
Kan ku tunggu tunggu
Ditentukan padaku padamu
Pada mereka yang setuju

Biarkan ku pergi juang
Berkorban dan terus mati
Satu dunia sudah bersedia

Biarkan ku pergi juang
Rasanya kita ditemankan
Satu dunia sudah bersedia




P/S: Takkan hanya setakat satu perkataan 'Reformasi' terus nak banned kot? Hurmmm.. Takpa siaran radio lain masih mainkan lagi lagu diorang ni.. Macam macam hal dunia artis ni..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Admin berkata...

Bila manusia dicengkam oleh
pemikiran yang konservatif :)


Latest Post:
Semakan Keputusan Peperiksaan November 2011 IPGKTAA

Udin berkata...

@ahsfantasy24

hurm.. tu la kan.. padahal takde mende pun perkataan reformasi tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)