Khamis, 2 Februari 2012

MUZIUM BRITAIN PAMER KEISTIMEWAAN IBADAT HAJI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Muzium Britain mengadakan pameran khas mengenai perjalanan ibadah haji, Hajj: Journey at the Heart of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya terhadap golongan bukan Islam.. Pameran ini dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Raja Abdul Azizdi Riyadh..




Untuk pertama kalinya, Muzium Britain mengadakan pameran khas mengenai perjalanan ibadah haji, Hajj: Journey at the Heart of Islam sebagai satu pendedahan istimewa terutamanya terhadap golongan bukan Islam.

Kurator pameran, Qaisra Khan berkata, objektif utama pameran itu adalah untuk mendedahkan proses dari awal hingga akhir mengenai ibadah haji di Makkah dan keajaiban Kaabah yang menjadi kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Ia turut mengetengahkan perjalanan jemaah haji pada zaman dahulu dan persiapan awal orang Islam seperti menyelesaikan hutang, memohon maaf serta membuat wasiat sebelum mereka mengerjakan Rukun Islam Kelima tersebut.

“Pameran ini juga bertujuan untuk menyampaikan mesej keamanan berikutan pergolakan dan keganasan berterusan di beberapa negara rantau Arab telah menyebabkan dunia luar memberi tanggapan buruk terhadap mereka,” menurutnya.

Pameran yang dianjurkan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Raja Abdul Azizdi Riyadh tersebut akan turut akan mempamerkan pelbagai artifak termasuk Al-Quran tertua di dunia dari abad kelapan.


Sumber: Sinar Harian


P/S: Hurmmm.. Bagus juga la pameran seperti ni.. Sekurang-kurangnya dapat membuka mata masyarakat barat tentang dunia Islam sebenarnya..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)