Rabu, 14 Disember 2011

WAJARKAH HUKUMAN ROTAN DILAKSANAKAN IBU BAPA MASA KINI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Salam rakan blogger dan pembaca blog Deen Azmee.. Siapa masa kecik kecik dulu pernah kena rotan? Tak pernah? Wah mesti budak baik ni.. Tak pun anak manja.. Hehehe.. Rilek rilek jangan marah marah.. Melawak aja.. Aku tanya ni bukan apa.. Sekadar nak tanya pendapat korang.. Wajar tak mak bapa merotan anak mereka? Bukan saja suka suki nak rotan tapi mesti la sebab anak anak diorang melakukan kesalahan kan.. Adakah hukuman rotan tu masih dilaksanakan oleh mak bapa masa kini? Atau mereka mendidik anak mereka dengan cara lain..



Yelah sekarang ni macam macam kes yang berlaku kan.. Rempit la, ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah, gengsterism, dan macam macam lagi dikalangan remaja bawah umur.. Jika dibandingkan dengan remaja zaman dahulu sekitar awal tahun 80'an dan 90'an jarang kita dengar kes kes macam tu.. Kalau ada pun memang masak la kena habuan dari mak bapa masing masing.. Apakah cara didikan mak bapa zaman dahulu berbeza dengan cara didikan mak bapa zaman sekarang? Nak tahu jom layan video dibawah ni..




Haa.. Dah layan? Amacam? Aku rasa jarang kot mak bapa zaman sekarang mendidik anak mereka seperti mana makcik dekat dalam video tu.. Mungkin akan ada yang mengatakan cara didikan sedemikian terlalu kejam buat anak anak.. Kejam ker? Tak kot kalau dapat mendidik anak anak jadi manusia kan.. Lebih lebih lagi yang jenis baloq liat pemalas nak sembahyang..Betul tak? 

Aku rasa hukuman rotan ni wajar dilaksanakan kot bukan semata-mata nak menakutkan mereka tapi sekadar mendidik supaya menjadi manusia.. Kalau tak kes kes yang sering kita dengar di akhbar atau media akan terus berleuasa macam tu aja.. Sekadar pandangan aku aja la yang dibesarkan dengan cara didikan sedemikan.. Mungkin korang ada pandangan tersendiri.. Jom kongsi..


P/S: Teringat masa kena ligan kejar dengan bapa aku keliling rumah pasal ponteng sekolah dulu.. Fuh! Memang kenangan semua tu.. Hehehe..

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

aReLaN berkata...

perghh...masih terngiang2 di telinga bunyi desingan rotan hinggap di tangan.bkn sbb degil atau nakal,tpi sebab salah jawab paper english.satu jawapan salah,satu rotan.hahaha..tp tulah,bdk skang ni terlalu mnje.sntuh sket pn xleh.tu yg disiplin ntah ke mana.aiyaaaa

Udin berkata...

@aReLaN

bebudak zmn skang terlalu dimanjakan sgt.. tu pasal byk kes2 pelik2.. org tua pun diorang dah tak hormat sgt.. segelintir la bkn semua.. hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)