Khamis, 15 Disember 2011

PENANGAN DUKUN ASMARA JAMPI RAMBUT KEKASIH

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hurmmm.. Ni kes nak balas dengam kot rasanya.. Seorang wanita yang dikenali sebagai Rina, 31, telah menjadi mangsa 'dukun asmara' sehingga mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.. Akibat penangan 'dukun asmara' tersebut hampir setahun Rina mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan anaknya yang ketika itu berusia setahun.. 




KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu. 

“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya. 

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah. 

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning. 

Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam. 

KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Sumber: myMetro


P/S: Alahai.. Tergamak guna cara macam tu.. Macam la takda perempuan lain lagi dalam dunia ni.. Dah lepas tu sudah la..

Sekian, Wassalam

3 ulasan:

mujagirl92 berkata...

muja follow,, check this entry k :D
http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/3-entries-paling-penting-for-year-2011.html

TiTi berkata...

makin canggih dunia, makin kuno cara manusia berfikir..

Tanpa Nama berkata...

hmmm tak sangka.. kejam betul orang yang suka guna sihir ni.. porak perandakan rumahtangga orang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)