Sabtu, 31 Disember 2011

KEMALUAN BUDAK LIMA TAHUN DI TOREH IBU ANGKAT

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selain kesan torehan pada kemaluan, dipercayai akibat didera ibu angkatnya sejak beberapa bulan lalu..




ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini kerana mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan selain kesan torehan pada kemaluan, dipercayai akibat didera ibu angkatnya sejak beberapa bulan lalu.

Difahamkan, perbuatan kejam ibu angkatnya yang juga seorang anggota polis itu terbongkar selepas kanak-kanak berkenaan ditinggalkan sementara di bawah jagaan jirannya, berikutan suspek yang berusia lingkungan 30-an mahu pulang ke kampungnya di Kelantan.

Jiran wanita itu yang bersetuju membantunya menjaga kanak-kanak itu terkejut apabila mendapati banyak kesan lebam pada badan, selain bekas torehan benda tajam di bahagian kemaluan mangsa ketika mahu memandikan kanak-kanak itu, sebelum membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan, berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian kemaluan dengan kesan torehan benda tajam, selain terdapat kesan lebam di bahagian mata dan badan.

Katanya, kanak-kanak itu diselamatkan jiran suspek yang melaporkan kes itu kepada polis selepas mengesan kesan dera berkenaan pada tubuh mangsa, kelmarin.

“Mangsa kini berada di HSB untuk pemeriksaan lanjut dan polis sedang mengesan suspek yang menghilangkan diri. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, sumber berkata, mangsa dipercayai dipelihara suspek yang masih bujang itu sejak daripada kecil dan tinggal bersamanya di rumah wanita itu di Taman Derga Jaya, di sini.

“Wanita itu dipercayai mendera mangsa sejak beberapa bulan lalu berikutan terdapat banyak kesan lebam dan kecederaan di bahagian kemaluan, mata dan badan kanak-kanak itu,” katanya.

Mangsa kini di bawah pemerhatian doktor dan pengawasan polis sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.




P/S: Kejam! Tergamak bertindak sedemikian rupa terhadap budak yang baru berusia lima tahun.. Huh!

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Unknown berkata...

jahat betol,x kesian kat budak kecik ke

Udin berkata...

@rozuan ismail

tu la kan.. budak2 lagi tu.. mmg takda hati perut langsung!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)