Jumaat, 3 Februari 2012

IBU TUNGGAL CATAT REKOD LUAR BIASA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Setelah kematian suami, seorang ibu tunggal meneruskan sisa-sisa kehidupan dengan merempat dan mengemis apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana..




Seorang ibu tunggal yang hidup merempat dan mengemis bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan, mungkin mencatat rekod tersendiri apabila menjadikan tidak kurang 30 masjid di Lembah Klang sebagai tempat berkelana.

Mahu dikenali sebagai Fazilah, 59, bekas kakitangan awam itu berkata, dia memilih jalan hidup sedemikian selepas kematian suami pada 2009 dengan tinggal di masjid dan mengharapkan belas ihsan jemaah yang singgah menunaikan solat untuk mendapatkan sesuap nasi.

“Seperti orang lain, saya juga ingin memiliki rumah sendiri, tapi dengan keadaan sekarang jika ditakdirkan saya meninggal dunia di masjid, saya reda,” katanya ketika ditemui di Masjid Al Bukhari, di sini.

Fazilah berkata, dia tidak mempunyai penyelesaian lain untuk mendapatkan wang bagi menyara hidupnya bersama seorang anak lelakinya berusia 34 tahun yang lembam dan tergolong dalam kategori orang kelainan upaya (OKU).

Menceritakan keperitan hidupnya, Fazilah berkata, semuanya bermula pada 2002 selepas rumah setinggan yang diduduki keluarganya di Kampung Bukit Botak, dekat sini, dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) untuk projek pembangunan.

BERKELANA...Fazilah ketika ditemui di Masjid Al Bukhari.


Sumber: myMetro


P/S: Kesian.. Sekadar boleh simpati dengan nasib yang menimpa ibu tunggal ni.. Hurmmm..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)