Khamis, 2 Februari 2012

FILEM HUGO PEROLEH BANYAK PERCALONAN?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Filem Hugo Cabret arahan Martin Scorsese yang memaparkan pengembaraan tiga dimensi (3D) pada tahun 1930-an di Paris memperoleh 11 pencalonan Oscar..

SALAH satu adegan dalam filem Hugo Cabret lakonan Asa Butterfield (kiri) dan Ben Kinglsey.



Filem Hugo Cabret yang memaparkan pengembaraan tiga dimensi (3D) pada tahun 1930-an di Paris arahan Martin Scorsese memperoleh 11 pencalonan Oscar kelmarin sekali gus pencalonan terbanyak untuk anugerah utama diikuti filem bisu hitam putih, The Artist yang mendapat 10 pencalonan.

Filem Moneyball yang dibintangi oleh Brad Pitt dan filem arahan Steven Spielberg, War Horse memperoleh enam pencalonan.

Anugerah Oscar akan diadakan pada 26 Februari depan.

Aktres Meryl Streep menerima pencalonan aktres terbaik untuk kali ke-17 kerana lakonannya sebagai Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher dalam filem The Iron Lady.

Pitt dan aktor veteran Hollywood, George Clooney pula bersaing hebat untuk merebut anugerah aktor terbaik.

Turut dikenali sebagai Anugerah Akademi, penganugerahan trofi Oscar bermula sejak tahun 1929.

Bagi filem bahasa asing terbaik, filem A Separation arahan Asghar Farhadi dari Iran bersama Footnote (Israel), In Darkness (Poland), Monsieur Lazhar (Kanada) dan Bullhead (Belgium) turut dicalonkan. - AFP


Sumber: Kosmo! Online


P/S: Hurmmm.. Aku belum sempat tengok lagi filem ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)