Khamis, 2 Februari 2012

FILEM THE HELP MENANG TIGA ANUGERAH SAG

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Filem The Help yang memfokuskan hubungan kaum di AS telah meraih kemenangan besar apabila ia menggondol tiga kategori utama pada anugerah Persatuan Pelakon Layar Perak (SAG)..

BARISAN pelakon filem The Help bergambar di belakang pentas dengan anugerah persembahan terbaik pada Anugerah Persatuan Pelakon Layar Perak di Los Angeles kelmarin. Dari kiri Chris Lowell, Emma Stone, Octavia Spencer, Allison Janney dan Viola Davis.



Filem yang memfokuskan hubungan kaum di AS, The Help meraih kemenangan besar apabila ia menggondol tiga kategori utama pada anugerah Persatuan Pelakon Layar Perak (SAG) yang berlangsung di sini kelmarin.

Pelakon filem itu, Viola Davis merangkul anugerah Aktres Terbaik manakala Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dimenangi Octavia Spencer dari filem yang sama.

Filem itu juga menggondol anugerah persembahan barisan pelakon keseluruhan terbaik.

"Saya hanya mahu menyatakan bahawa filem itu bukan hanya mengenai orang berwarna atau wanita. Ia mengisahkan mengenai kita semua," kata Spencer.

The Help mengisahkan seorang wartawan yang bercita-cita menulis sebuah buku yang mendedahkan isu perkauman yang dihadapi oleh pembantu rumah pada tahun 1960-an.

Sementara itu, filem bisu hitam putih, The Artist tidak pulang tangan kosong apabila Jean Dujardin diangkat sebagai aktor terbaik manakala aktor filem Beginners, Christopher Plummer memenangi kategori pelakon pembantu lelaki terbaik.

Anugerah SAG dilihat sebagai permulaan utama untuk ke majlis Oscars yang merupakan kemuncak anugerah Hollywood pada 26 Februari depan. - AFP


Sumber: Kosmo! Online

P/S: Hurmmm.. Best sangat ke filem ni?

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)