Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Cef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's..
GAMBAR fail menunjukkan burger Big Mac's.
Cef Eksekutif Restoran McDonald's Kanada, Dan Coudreaut mendedahkan ramuan sos burger Big Mac's, menurut satu laporan.
Portal berita New York Daily News melaporkan Coudreaut berkata, pendedahan tersebut yang merupakan sebahagian daripada program ketelusan McDonald's, dibuat bagi menjawab soalan seorang pelanggan yang ingin mengetahui cara membuat sos Big Mac's.
Menurut Coudreaut, sos itu mudah disediakan dengan menggunakan ramuan yang biasa didapati di kedai runcit atau pasar raya.
Katanya, sos itu memerlukan krim jeruk, sos mustard kuning, cuka wain putih, serbuk bawang putih, serbuk bawang dan paprika.
Namun, resipi sos tersebut katanya, adalah terhad untuk di Kanada sahaja dengan ramuan berbeza digunakan di negara-negara lain di dunia. - Agensi
Sumber: Kosmo
P/S: Aku teringin nak tau apa rahsia resipi rempah ayam KFC.. Haha! ;)
Sekian, Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan