Sabtu, 4 Februari 2012

SUAMI BARAN GILA LENYEK KERETA ISTERI DENGAN LORI

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang suami bertindak diluar jangkaan apabila merempuh dan melenyek kereta isterinya dengan lori tiga tan.. Dia bertindak sedemikian kerana cemburu dan mengesyaki isterinya main kayu tiga..




Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin.

Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram.

Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk.

Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.

“Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air.

REMUK..kereta mangsa yang remuk dirempuh dengan lori tiga tan.


Sumber: myMetro


P/S: Hohoho.. Gila la.. Nasib baik la bini dia tak ada dalam kereta tu.. Kalau tak lagi panas la kes ni.. ;)

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

anamizu berkata...

tudia! lenyek guna lori??!!! waddehek~






slm kenal,
cik ana

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)