Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pesakit demensia dapat dirawat di Bristol Royal yang merupakan rumah sakit pertama di Britain yang menghasilkan bilik rawatan mudah alih bertemakan hiasan perabot pada era 1950-an untuk membantu memulihkan semula ingatan pesakit..
Usaha hospital ini sememangnya patut dipuji, Bristol Royal menjadi rumah sakit pertama di Britain untuk menghasilkan bilik rawatan mudah alih bertemakan hiasan perabot pada era 1950-an yang digunakan untuk merawat pesakit demensia.
Semasa proses rawatan, lagu pada era itu akan turut dimainkan kerana ia dipercayai dapat menghiburkan pesakit selain membantu memulihkan semula ingatan mereka.
Hospital tersebut turut berhasrat untuk menambah bilangan bilik rawatan mudah alih itu dan merancang membina hiasan perabot menggunakan tema 1940-an dan 1960-an.
“Kami akan merekrut lebih ramai sukarelawan untuk sama-sama membantu pesakit mengimbau kembali kenangan mereka pada zaman tersebut,” menurut seorang jurucakap hospital.
Sumber: Sinar Harian
P/S: Pergh! Macam menarik juga bilik macam ni.. Hehehe.. ;)
Sekian, Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan