Khamis, 2 Februari 2012

REMAJA KETAGIH MAKAN NUGET AYAM SELAMA 15 TAHUN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Seorang gadis remaja berusia 17 tahun, Stacey Irvine, terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat setelah ketagih makan nuget ayam selama 15 tahun..

Stacey Irvine ketagih memakan makanan ringan nuget ayam selama 15 tahun sejak berusia dua tahun. - AGENSI



Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital kerana kekurangan zat setelah ketagih makan nuget ayam selama 15 tahun.

Menurut laporan yang dipetik dari akhbar Daily Mail, Stacey Irvine dari Castle Vale, Birmingham amat menggemari makan nuget ayam sejak dia diperkenalkan dengan makanan itu ketika berusia dua tahun oleh ibunya.

"Saya tidak boleh menjamah makanan lain selain nuget ayam sejak berusia 2 tahun.

"Ibu mula putus asa untuk memberi makanan lain kepada saya sejak setahun lalu," katanya.

Awal minggu ini, Irvine yang bekerja di sebuah kilang dikejarkan ke hospital kerana badannya tidak mempunyai zat yang mencukupi selepas dia tidak pernah menjamah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kebanyakan pakar psikiatri menyifatkan ketagihan remaja tersebut terhadap nuget sebagai masalah pemakanan namun ia tidak ditemui dalam Manual Diagnostik dan Statistik untuk Masalah Kesihatan Mental.

"Ini merupakan satu perkara yang luar biasa. Seseorang yang mengalami masalah ketagihan makanan akan makan secara berlebihan namun tidak bergantung kepada hanya satu-satu jenis makanan sahaja.

"Ketagihan Irvine terhadap nuget mungkin merupakan satu daripada tanda-tanda masalah jiwa yang serius," ujar Dr. Sue Varma, pakar psikiatri di Sekolah Perubatan Langone, Universiti New York.

Katanya, kebergantungan terhadap sesuatu makanan itu mungkin disebabkan tekanan perasaan dan keletihan selain amalan pemakanan dalam keluarga sendiri.

"Kanak-kanak lebih terdedah dengan masalah ini dan mereka memerlukan terapi dan jangan takut untuk membawa anak-anak anda berjumpa dengan pakar psikiatri," tambahnya lagi. - AGENSI




P/S: Hohoho.. Dasat juga minah ni.. Tak rasa jemu ke asyik makan nuget je? Hurmmm..

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

Admin berkata...

Huhu..
kena letak sayur lak dalam nugget.
tapi dia tak gemuk dan comel :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Video (36) Informasi (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Personal (1)