Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Menarik! Sepasang kasut bermotor dikenali sebagai spnKiX yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer bakal dijual di pasaran.. Kasut bermotor ni boleh mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh..
Seorang model mencuba kasut bermotor (gambar kecil) yang bakal dijual di pasaran dunia pada Februari 2012. - AGENSI
Sepasang kasut bermotor yang mampu membawa pemiliknya sejauh tiga hingga lima kilometer akan mula dijual pada Februari ini dan dijangka menjadi produk yang popular.
Alat berkuasa bateri yang dijual pada harga AS$647 (RM2,041) itu sebenarnya dicipta untuk dipasang pada kasut dan dikendalikan melalui alat kawalan jauh tanpa wayar.
Kasut bermotor dikenali sebagai spnKiX itu boleh mencapai kelajuan 16 kilometer sejam dan kelajuannya dikawal melalui alat kawalan jauh.
Pembelian spnKiX akan turut disertakan dengan roda latihan yang boleh ditanggalkan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
Perekanya, Peter Treadway mencipta alat itu sejak lima tahun lalu selepas sukar untuk mencari tempat meletak kenderaan.
Sejak itu beliau telah mencipta 30 prototaip kasut beroda tersebut dan beliau akan mula menjualnya melalui laman webnya Februari ini.
SpnKiX diperbuat daripada nilon yang diperkuatkan dan aluminium, manakala baterinya hanya perlu dicas selama dua hingga tiga jam untuk mencapai tahap isian penuh. - AGENSI
Sumber: Utusan Malaysia
P/S: Pergh! Dah ada kasut bermotor sekarang ni.. Dunia semakin canggih! Hehehe..
Sekian, Wassalam
2 ulasan:
wahahaha..cool gila.
@anisa hang tuah
hehehe.. siyes cool.. lebih kurang roller blade je benda ni.. cuma diorang pasang enjin + ada remote control.. pergh!
Catat Ulasan