Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sekarang ni hangat isu ni diperkatakan.. Ala tak kan tak tahu kot.. Pasal insiden menurunkan bendera wajah Perdanan Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada hari Sabtu, 17 Disember 2011..
KUALA LUMPUR - Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpendirian tidak akan memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri di Perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu.
Pengerusi SMM, Abdul Syukri Abdul Razab berkata, pihaknya tidak nampak keperluan memohon maaf terhadap insiden tersebut walaupun didesak pelbagai pihak.
“Kami tidak akan meminta maaf. Kita tak perlu meminta maaf.
“Tindakan menurunkan bendera Datuk Seri Najib selama lima minit dan kemudian dinaikkan semula seharusnya dilihat sebagai mesej jelas mahasiswa bahawa perdana menteri perlu serius mendengar suara kami, suara rakyat” katanya.
Sebaliknya, beliau menegaskan kerajaan sepatutnya menumpukan tuntutan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 yang dikemukakan kumpulan mahasiswa itu, berbanding isu menurunkan bendera wajah Perdana Menteri.
“Isu cuba digembar-gembur ini dianggap kecil dan tidak perlu diberi perhatian berlebihan.
“Perkara menjadi keutamaan adalah tuntutan mereka berbanding tindakan yang dilakukan ketika perhimpunan mahasiswa yang disertai lebih dari 300 orang,” katanya.
Katanya, tindakan menurunkan bendera tersebut juga sebagai satu gambaran tentang kita sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara yang dilihat gagal menangani isu-isu utama negara.
“Kita tidak mahu terlibat dalam retorik politik, sebaliknya kerajaan perlu melihat semula tuntutan yang kita perjuangkan sekarang,” katanya.
Abdul Syukri berkata, sekiranya tiada tindakan dilaksanakan, pihaknya akan terus mendesak perubahan sehingga melibatkan saluran demokrasi yang ada.
Katanya, kejadian penurunan bendera tersebut adalah tindakan spontan mahasiswa yang terlibat dalam perhimpunan.
Menurutnya, tiada tindakan agresif dilakukan mahasiswa dan hanya kurang dari lima minit bendera tersebut diturunkan sebelum kembali ke tempat asal semula selepas itu.
Ketika ditanya apakah tindakan mereka enggan memohon maaf bertentangan dengan pendirian sederhana diperlihatkan oleh Saifuddin yang sanggup menerima memorandum mereka kelmarin, Ahmad Syukri berkata, pihaknya tidak melihat ia akan menjejaskan imej timbalan menteri itu.
“Sebaliknya kami berharap Datuk Saifuddin akan lebih berani memperjuangkan keterbukaan dan kepentingan generasi muda,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
P/S: Hurmmm.. Pandangan aku pasal isu ni.. Dari segi sudut positif bagi aku bagus la diorang ni berani nak memperjuangkan hak diorang kan.. Dari segi sudut negatif pula mengapa bendera tu harus dijadikan sasaran bro? Tak kisah la kalau kau nak menyampaikan mesej yang kau dah hilang kepercayaan pada Perdana Menteri ke apa ke.. Buktikan masa PRU 13 nanti la kan.. Insiden ni bagi aku umpama macam tak menghormati la..
Aku bagi contoh macam ni la.. Kalau ada orang datang rumah korang kan.. Pastu buat ikut suka macam bawa turun potret gambar mak bapa korang ke.. Apa perasaan korang? Biarkan je? Marah? Rilek? Aku rasa kalau diorang ni minta maaf pun tak jadi masalah kot.. Jangan ikut sangat naluri jiwa muda tu.. Perjuangan perjuangan juga kan.. Tapi adab kena jaga juga.. Sama la juga dengan statement mamat mana ntah.. Ala yang nak ludah muka mahasiswa tu.. Tak payah nak beremosi sangat la bro.. Cakap cara elok tak boleh ke? Siyes aku dah muak tengok melayu sesama melayu bergaduh.. Bangsa lain tepuk tangan je tengok kita.. Hurmmm.. Sekadar pandangan aku jelah ye.. Aku tak memihak pada mana mana parti politik..
Sekian, Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan