Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Seorang budak perempuan, Jorja Caze-Ramscar, berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing Alaska peliharaan bapanya yang dinamakan sebagai Luna..
NGERI...Luna yang mencederakan Jorja (gambar kecil).
LONDON: Seorang budak perempuan berusia empat tahun cedera parah selepas diserang anjing peliharaan bapanya, semalam.
Jorja Caze-Ramscar dilaporkan diterkam dan diheret anjing Alaska - dinamakan sebagai Luna - dari kerusi secara tiba-tiba.
Ibu Jorja, Karine, 36, berkata mereka bersiap-siap untuk makan malam apabila budak terbabit diterkam Luna yang sebelum itu duduk di sebelah mangsa.
“Luna mengheret Jorja ke lantai dan membaham mukanya dengan mulut yang besar,” katanya.
Akibat serangan itu, Jorja menerima 20 jahitan di mukanya, selain perlu mendapatkan rawatan pakar mata.
Luna, 15 bulan, dipelihara bapa Jorja, Clive Ramscar, 42, yang menetap di Dunstable, Bedfordshire. - TS
Sumber: myMetro
P/S: Hurmmm.. Kesian budak ni.. :(
Sekian, Wassalam
8 ulasan:
dah besar macam serigala .. anjing tu sawan kot, sbb tak kenal tuannya :)
ngerinyer....
kesiannye....
kesian budak tu...xpasal2.. jgn buta sudah..
@TiTi
maybe la kan.. byk juga la kes mcm ni.. kesian budak tu..
@zaidah
ye.. memang ngeri.. dah la baru 4 tahun..
@nafisya ismail
huhu.. tu la kan.. :(
@munnafendy
huhu.. harap2 mcm tu la.. :(
Catat Ulasan