Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Pergh! Aku
tertarik nak kongsi satu artikel yang aku petik dari akhar Berita Harian tentang
suatu kajian yang menyatakan bahawa marah mampu panjangkan umur. Macam kelakar
kan? Takpa mai korang baca artikel ni sampai habis dulu pastu baru korang faham
apa yang cuba disampaikan. Jom!
Kajian dapati kemarahan tak diluah
mudah dapat penyakit?
Melepaskan kemarahan yang meluap dan menunjukkan emosi negatif tanpa berselindung adalah baik untuk kesihatan dan dapat membantu memanjangkan umur seseorang.
Melepaskan kemarahan yang meluap dan menunjukkan emosi negatif tanpa berselindung adalah baik untuk kesihatan dan dapat membantu memanjangkan umur seseorang.
Ketua penyelidik, Marcus Mund dan
dibantu Kristin Mitte dari Universiti Jena di Jerman menyatakan, kemarahan yang
tidak diluahkan boleh mewujudkan perasaan dendam dan sakit hati yang tidak
dapat disembuhkan.
Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun
lebih lama berbanding orang Inggeris," Marcus Mund, Ketua penyelidik
“Kami membuat penelitian dan cuba membandingkan sikap orang Itali dan Sepanyol yang pemarah dengan orang Inggeris yang suka memendam marah mereka.
Kesan fizikal dan mental?
“Kami dapati orang Itali dan Sepanyol boleh hidup dua tahun lebih lama berbanding orang Inggeris. Tambahan lagi watak orang Inggeris yang suka memendam kemarahan boleh memberi akibat serius kepada kesihatan fizikal dan mental mereka,” kata Mund yang dipetik akhbar Daily Mail.
Mund berkata, di dalam kajian yang dijalankan ke atas lebih 6,000 pesakit, mereka mendapati responden yang menyembunyikan rasa cemas dilaporkan mengalami peningkatan denyut nadi dan dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
“Mereka yang memendam kemarahan juga berisiko tinggi mengalami pelbagai gangguan kesihatan akibat sikap masing-masing,” katanya.
Mampu pulih kesihatan?
Mund berkata, orang yang suka memendam kemarahan cenderung menghindari risiko dan selalu bertindak sendiri untuk mengatasi tekanan yang dialami.
Bagaimanapun kajian turut mendapati bahawa orang yang suka memendam perasaan dan berisiko tinggi diserang penyakit, berkeupayaan memulihkan kesihatan mereka dengan lebih cepat.
“Oleh kerana mereka biasa memendam perasaan, kelompok ini juga mempunyai motivasi lebih tinggi untuk mengubah gaya hidup mereka menjadi lebih baik,” katanya. – Agensi
Sumber: Berita Harian
P/S: Hurm. Kesimpulannya kita jangan pendam perasaan sangat
yer. Bila ada masalah tu luahkan jer pada family korang ker, member korang ker,
kucing korang pon boleh janji jangan dok pendam perasaan marah korang tu. Tapi
jangan pula marah sampai berlebih lebihan pula yer. Takut jadi benda lain pula kan? Lepas
luah apa yang terbuku di hati tu pergi ambil air sembahyang pastu solat.
InshaAllah perasaan marah korang tu akan mulai kurang. Tak caya? Try buat
tengok okay? Chow!
Sekian, Wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan