Selasa, 27 Disember 2011

BUKU LAMA DIMAKAN ANAI-ANAI DIPAMERKAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Buku-buku dan manuskrip lama yang rosak akibat terbakar, peperangan dan dimakan anai-anai dipamerkan di sebuah muzium di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak..

SEBUAH buku yang mengandungi lubang akibat dimakan anai-anai dipamerkan di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak pada 20 Disember lalu.



ROM, Itali - Sebuah buku lama yang dimakan anai-anai dipamerkan di sebuah muzium di Institut Pemuliharaan dan Pemulihan Buku-Buku Rosak pada minggu lalu di sini.

Buku-buku dan manuskrip lama yang rosak akibat terbakar, peperangan dan dimakan anai-anai dirawat di institut tersebut seperti seorang pesakit di hospital.

Institut yang ditubuhkan pada 1938 itu turut menyimpan pelbagai manuskrip lama termasuk salah sebuah kitab al-Quran paling tua di dunia. - AFP




P/S: Hurmmm.. Macam best je muzium ni..

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan