Pelakon remaja Ezlisa Loy yang merupakan adik kepada pelakon Elfira Loy bertekad
untuk berhijrah kepada bertudung selepas beberapa kali mengalami mimpi mengenai
hari kiamat mulai awal Disember lalu.
Jurutera di Makmal Kecerdasan Buatan Universiti Zurich kini
sedang mencipta robot menyerupai kanak-kanak setinggi 1.2 meter digelar Roboy yang
berfungsi dapat membantu pesakit atau warga emas dengan bertindak sebagai
pembantu mekanikal.
Kumpulan jurutera di Universiti Zurich
berharap Roboy dapat direalisasikan dalam tempoh sembilan bulan.
Saintis di Universiti Puerto Rico di Arecibo, Abel Mendez yakin
akan menemui planet 'kembar' Bumi yang pertama sesuai didiami makhluk Bumi dalam
masa terdekat pada tahun 2013 memandangkan ahli astronomi telah menemui
beberapa exoplanet (planet di luar Sistem Suria) sejak beberapa tahun lalu.
Lebih 800 exoplanet sesuai didiami
makhluk Bumi dikenal pasti berada di luar Sistem Suria. Foto: ESA/Hubble, NASA