:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Khamis, 1 Mei 2014

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MELABUR DALAM SAHAM AMANAH/UNIT AMANAH/UNIT TRUST/MUTUAL FUND?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang apakah itu Unit Amanah? Saya juga telah berkongsi tentang tabung Unit Amanah sebagai pelaburan masa depan anda? Saya juga telah berkongsi tentang mengumpulkan kekayaan dengan Unit Amanah dan PRS? Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang bagaimanakah cara untuk melabur dalam Unit Amanah?



Untuk pengetahuan anda terdapat 2 cara untuk melabur dalam Unit Amanah iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.

1) Melabur menggunakan wang tunai

Terdapat 2 pilihan untuk anda sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

Kaedah Lump Sump

Melalui kaedah ini anda boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM 1,000 sahaja.

Kaedah Lump Sump + Regular Saving

Melalui kaedah kedua ini pula anda perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM 1,000 dan kemudian anda perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM 100. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank anda. Terdapat 5 bank yang menjadi pilihan iaitu:

- CIMB  (setiap 10 haribulan dan 20 haribulan)
- Maybank (setiap 14 haribulan dan 28 haribulan)
- RHB (setiap 12 haribulan dan 25 haribulan)
- BSN (setiap 5 haribulan dan 19 haribulan)
- EON/HLB (setiap 8 haribulan dan 16 haribulan)

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1

Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan anda melakukan pelaburan ke Unit Amanah. Sila layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/

P/S: Adakah simpanan anda mencukupi? Dimanakah tempat anda buat simpanan? Jom gandakan simpanan di tempat yang kalis Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi

Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang
Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)