:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 1 Oktober 2013

MENGAPA PERLU GANDAKAN SIMPANAN AKAUN 1 KWSP DI TEMPAT YANG KALIS INFLASI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi entri tentang KWSP semak semula kadar simpanan asas?, mengapa perlu kembangkan simpanan Akaun 1 KWSP?, dan bagaimanakah cara melabur amanah saham, unit amanah, unit trust, mutual fund melalui KWSP. Kali ini saya sekadar hendak berkongsi tentang mengapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi?

Mengapa anda perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi? Adakah simpanan Akaun 1 KWSP anda mencukupi setelah bersara pada umur 55 tahun atau 60 tahun nanti?



Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 tahun atau 60 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila telah bersara nanti. (Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)


Andaikan umur anda sekarang 30 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh selama 25 tahun atau 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara. Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat setelah bersara pada umur 55 tahun atau 60 tahun nanti? Andaikan wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 196,800. Ini bermakna anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sebanyak RM 196,800 ini setelah bersara nanti. Kita tidak tahu sampai bila jangka hayat hidup kita bukan? Andaikan jangka hayat hidup hingga umur 75 tahun? Ini bermakna setelah bersara nanti anda hanya bergantung dengan wang simpanan KWSP sebanyak RM 196,800 selama 15 tahun atau 20 tahun.

Anda merancang untuk bersara pada umur 60 tahun

15 Tahun = RM 196,800
1 Tahun = RM 13,120 (RM 196,800/15 Tahun)
1 Bulan = RM 1,093.33 (RM 13,120/12 Bulan)

Anda merancang untuk bersara pada umur 55 tahun

20 Tahun = RM 196,800
1 Tahun = RM 9,840 (RM 196,800/20 Tahun)
1 Bulan = RM 820 (RM 9,840/12 Bulan)

Adakah nilai wang RM 820 atau RM 1,050 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimanakah pula dengan kos sara hidup, hutang, kesan Inflasi setelah bersara nanti?

Mengapa perlu gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi? Apakah itu Inflasi? Inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.

Inflasi = Nilai Wang Jatuh = Nilai Barang & Perkhidmatan Naik

Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah 2.5% hingga 4%.
Anggaran kadar Inflasi yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan adalah 7% hingga 12%.

Berdasarkan formula Inflasi Undang Undang 72 (Rule of 72) andaikan kadar Inflasi adalah 4% maka nilai wang pada hari ini akan susut kepada separuh selepas 18 tahun.

Kadar Inflasi = 4%

Berdasarkan formula Inflasi Undang Undang 72 (Rule of 72)

72/Kadar Inflasi
72/4 = 18 Tahun

Contoh

2013: RM 100
2031: RM 50 = RM 100 (2013) 

Tahukah anda simpanan Akaun 1 KWSP hanya boleh dikeluarkan:

I. Umur 55 Tahun
II. Kematian
III. Pelaburan Amanah Saham, Unit Amanah, Unit Trust, Mutual Fund

Melabur Akaun 1 KWSP dalam Unit Amanah

Objektif

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan.

Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 20% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Kelayakan Memohon

1. a) Warganegara Malaysia; ATAU
b) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
C) Bukan warganegara Malaysia:

*Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
*Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

2. Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP, DAN
3. Ahli mempunyai simpanan Akaun 1 yang melebihi jumlah simpanan asas sekurang-kurangnya sebanyak RM 5,000.

Simpanan Asas adalah satu jumlah simpanan dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur bagi membolehkan ahli memperoleh simpanan minimum sekurang-kurangnya RM 120,000 ketika berumur 55 tahun dan simpanan ini tidak boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai umur 55 tahun.

I) Semua pelaburan yang dibuat hendaklah melalui IPD yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.
II) Pelaburan boleh dibuat setiap tiga bulan selepas tarikh pelaburan sebelumnya, tertakluk kepada baki yang ditetapkan di dalam Akaun 1.
III) Pelaburan dibenarkan dengan satu IPD pada satu masa.
IV) Anda tidak dibenarkan membuat pelaburan tambahan menggunakan wang sendiri.
V) Anda bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pelaburan anda.
VI) Tiada bayaran perkhidmatan dikenakan oleh KWSP.

Bagaimanakah untuk mengetahui simpanan yang layak untuk dilaburkan?

Anda boleh merujuk jadual di bawah untuk mendapatkan contoh pengiraan simpanan yang layak untuk dilaburkan.

Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur:

Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
34,000
19
2,000
38
37,000
20
3,000
39
41,000
21
4,000
40
44,000
22
5,000
41
48,000
23
7,000
42
51,000
24
8,000
43
55,000
25
9,000
44
59,000
26
11,000
45
64,000
27
12,000
46
68,000
28
14,000
47
73,000
29
16,000
48
78,000
30
18,000
49
84,000
31
20,000
50
90,000
32
22,000
51
96,000
33
24,000
52
102,000
34
26,000
53
109,000
35
29,000
54
116,000
36
32,000
55
120,000

Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 30,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 30,000 - RM 18,000 = RM 12,000
RM 12,000 x 20% = RM 2,400

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 2,400.

Situasi 2

Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 20,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 20,000 - RM 18,000 = RM 2,000
RM 2,000 x 20% = RM 400

Kelayakan

Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.

Jadual menunjukkan jumlah simpanan asas dalam Akaun 1 KWSP mengikut umur: (Berkuatkuasa 1 Januari 2014)

Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
Umur
 (Tahun)
Simpanan Asas
(RM)
18
1,000
37
54,000
19
2,000
38
59,000
20
4,000
39
64,000
21
5,000
40
69,000
22
7,000
41
76,000
23
9,000
42
81,000
24
11,000
43
88,000
25
13,000
44
95,000
26
15,000
45
102,000
27
18,000
46
109,000
28
21,000
47
117,000
29
24,000
48
125,000
30
27,000
49
134,000
31
30,000
50
143,000
32
34,000
51
153,000
33
37,000
52
163,000
34
41,000
53
174,000
35
46,000
54
185,000
36
50,000
55
196,800

Contoh pengiraan pelaburan melalui KWSP

Situasi 1

Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 40,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 40,000 - RM 27,000 = RM 13,000
RM 13,000 x 20% = RM 2,600

Kelayakan

Anda layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda. Jumlah yang layak dikeluarkan adalah minimum RM 1,000 dan maksimum RM 2,600.

Situasi 2

Anda berumur 30 tahun dan jumlah yang ada di dalam Akaun 1 anda ialah RM 30,000.

Cara pengiraan

(Baki Akaun 1 - Simpanan Asas) x 20%
RM 30,000 - RM 27,000 = RM 3,000
RM 3,000 x 20% = RM 600

Kelayakan

Anda tidak layak untuk mengeluarkan wang dari simpanan KWSP anda disebabkan baki minimum untuk pelaburan adalah RM 1,000.


P/S: Jom gandakan simpanan Akaun 1 KWSP di tempat yang kalis Inflasi! Rancang pelan persaraan anda dari sekarang. Menyimpan ketika muda untuk hari tua lebih selesa. Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi


Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula jika seorang ahli kwsp yg tak prnah mndpat penyata caruman kwsp hmpir 15thn krn tlh berpindah dan jg tlh lupa no ahli kwsp krn kehilangan kad ahli dan lupa no ahli

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)