:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 9 Julai 2013

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN TEMPAT UNTUK MEMBUAT SIMPANAN DAN PELABURAN WANG?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sebelum ini saya telah berkongsi tentang tempat untuk membuat simpanan dan pelaburan wang. Kali ini saya nak berkongsi tentang kelebihan dan kekurangan tempat untuk membuat simpanan dan pelaburan wang. Segala maklumat yang saya kongsikan adalah untuk tujuan membuat perbandingan secara umum sahaja.




Akaun Simpanan

Kelebihan:

  • ·         Mudah dibuka dan dijaga
  • ·         Keperluan minimum. Memang munasabah.
  • ·         Akses tunai adalah fleksibel.


Kekurangan:

  • ·         Pengeluaran tunai yang mudah boleh merosakkan rancangan simpanan anda.
  • ·         Kadar faedah agak rendah.


Deposit Tetap

Kelebihan:

  • ·         Kadar faedah lebih tinggi daripada akaun simpanan.
  • ·         Wang tidak boleh dibelanjakan sembarangan.


Kekurangan:

  • ·         Kadar faedah mungkin kurang dari kadar inflasi.
  • ·         Pengeluaran kurang fleksibel.


Hartanah

Kelebihan:

  • ·         Satu rancangan “simpanan-paksa” yang baik.
  • ·         Sebagai lindung nilai yang baik untuk mencegah inflasi.
  • ·         Boleh memberikan pulangan yang lumayan semasa ekonomi “melambung”.


Kekurangan:

  • ·        Untuk mula menyimpan, memang sukar; wang pendahuluan “permulaan” yang tinggi, dan anda mestilah layak untuk mendapatkan pinjaman bank.
  • ·         Skim pembayaran balik gadai janji jangka panjang yang tidak fleksibel.
  • ·         Tidak boleh segera ditukar kepada tunai.


Insurans Hayat/Takaful

Kelebihan:

  • ·         Satu alat simpanan serta perlindungan yang bermanfaat.
  • ·         Oleh sebab banyak polisi mengenakan penalti sekiranya menarik diri sebelum insurans hayat/takaful matang, maka ia bertindak sebagai mekanisme untuk menggalakkan simpanan.
  • ·         Terbukti sebagai rancangan “simpanan paksa” yang berkesan.


Kekurangan:

  • ·         Pulangan agak lebih rendah berbanding alat pelaburan jangka panjang yang lain.
  • ·         Kurang fleksibel.


Unit Amanah

Kelebihan:

  • ·         Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang buat simpanan kerap.
  • ·         Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk akaun simpanan, tetapi munasabah.
  • ·         Biasanya pelaburan mudah bertambah berasaskan simpanan kerap.
  • ·         Manfaat diperoleh melalui purata kos dolar.
  • ·         Unit amanah memberikan portfolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan.
  • ·         Anda boleh menjual unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.


Kekurangan:

  • ·         Terjejas akibat turun naik pasaran saham atau pasaran lain yang tabung tersebut dilaburkan.


Pasaran Saham

Kelebihan:

  • ·         Lebih memberangsangkan daripada akaun semasa.
  • ·         Boleh memberikan pulangan yang banyak apabila kena pada masanya.


Kekurangan:

  • ·         Anda perlukan jumlah wang yang agak besar untuk memasuki pasaran saham.
  • ·         Bukan untuk penyimpan biasa yang melabur Cuma beberapa ratus ringgit sebulan.
  • ·     Anda memerlukan banyak maklumat pelaburan dan nasib yang baik untuk menguruskan sendiri pelaburan anda dengan jayanya.


P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi


Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Zuan berkata...

saya nak belajar main saham ^^

Aizuddin Azmi berkata...

@Zuan

bagus semangat tu.. nanti boleh kita kongsi ilmu.. hehe.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)