:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Isnin, 10 Jun 2013

ADAKAH SIMPANAN UNTUK PERSARAAN MENCUKUPI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Topik entri kali ini adalah tentang perancangan persaraan. Adakah anda telah merancang simpanan untuk persaraan? Jika sudah Alhamdulillah. Bagaimana pula sekiranya anda belum lagi mulakan langkah merancang simpanan untuk persaraan? Adakah anda telah bersedia untuk bersara? Adakah simpanan KWSP mencukupi untuk persaraan anda?





Contoh

Anda seorang pekerja firma Swasta merancang untuk bersara pada umur 55 atau 60 tahun. Anda hanya bergantung kepada wang simpanan KWSP sahaja apabila tiba masa bersara nanti.(Andaikan tiada langsung hutang setelah anda bersara)


Andaikan umur anda sekarang 30 tahun. Ini bermakna anda ada tempoh masa selama 25 atau 30 tahun untuk buat simpanan sebelum bersara kan? Berapakah anggaran wang simpanan KWSP yang bakal anda dapat masa bersara pada umur 55 atau 60 tahun nanti? Anggarkan simpanan KWSP yang bakal anda dapat nanti adalah RM 120,000. Ini bermakna anda hanya bergantung dengan wang sebanyak RM 120,000 selepas bersara nanti. Kita tidak tahu sampai bila jangka hayat hidup kita kan? Andaikan jangka hayat hidup hingga umur 75 tahun. Ini bermakna selepas bersara anda hanya bergantung dengan wang RM 120,000 selama 15 atau 20 tahun kan?

Anda merancang bersara pada umur 60 tahun

15 Tahun = RM 120,000
1 Tahun = RM 8,000 (RM 120,000/15 Tahun)
1 Bulan = RM 666.67 (RM 8,000/12 Bulan)

Anda merancang bersara pada umur 55 tahun

20 Tahun = RM 120,000
1 Tahun = RM 6,000 (RM 120,000/20 Tahun)
1 Bulan = RM 500 (RM 6,000/12 Bulan)

Adakah nilai wang RM 500 atau RM 650 sebulan mencukupi setelah anda bersara nanti? Bagaimana pula dengan kos sara hidup ketika bersara nanti?

P/S: Adakah simpanan untuk persaraan anda mencukupi? Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi


Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

Satu topik yang sangat penting untuk dibincangkan

Aizuddin Azmi berkata...

Perancangan simpanan untuk persaraan memang satu topik yang sangat penting untuk dibincangkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)