:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Ahad, 24 Mac 2013

KADAR INFLASI MENINGKAT 1.5%?



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya sekadar hendak berkongsi artikel yang diumumkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri bahawa kadar inflasi Negara kita telah naik 1.5 peratus.



Kuala Lumpur: Jabatan Perangkaan Malaysia, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengumumkan kadar inflasi Malaysia naik 1.5 peratus dengan bacaan indeks 106.1 pada Februari 2013 daripada 104.5 pada bulan sama tahun lalu.

Bagi tempoh Januari hingga Februari, Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 1.4 peratus kepada 106 berbanding 104.5 pada tempoh sama 2012.

Kenaikan 1.4 peratus dalam IHP disebabkan peningkatan dalam semua indeks kumpulan utama kecuali dalam indeks pakaian dan kasut (-0.8 peratus), komunikasi (-0.7 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (-0.1 peratus).

“Kenaikan ketara bagi kumpulan utama yang berwajaran tinggi ialah indeks makanan dan minuman bukan alkohol, yang naik 2.8 peratus manakala perumahan, air elektrik, gas dan bahan api lain 1.4 peratus dan pengangkutan 0.4 peratus,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kenaikan lain ialah indeks restoran dan hotel (2.1 peratus), minuman alkohol dan tembakau, kesihatan dan pendidikan masing-masing sebanyak dua peratus, hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (1.6 peratus serta pelbagai barangan dan perkhidmatan (1.4 peratus).

Menurut jabatan berkenaan, tiga kumpulan utama iaitu makanan dan minuman bukan alkohol, perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan pengangkutan menyumbang 76 peratus kepada kenaikan keseluruhan yang dicatatkan pada tempoh semasa.

123 N 123 123 N 123

Sementara itu, inflasi bagi Februari juga meningkat sebanyak 0.2 peratus berbanding Januari.

“Kenaikan disebabkan peningkatan dalam indeks pendidikan (0.8 peratus), restoran dan hotel (0.4 peratus), makanan dan minuman bukan alkohol (0.3 peratus), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain dan hiasan, perkakasan dan penyenggaraan isi rumah, masing-masing sebanyak 0.3 peratus,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/03/21

Sumber: myMetro

P/S: Apakah langkah anda untuk menghadapi kesan Inflasi ini? Saya sedia membantu anda. Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi


Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)