:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 19 Mac 2013

CARA MELABUR DALAM UNIT AMANAH/UNIT TRUST CIMB WEALTH ADVISORS BERHAD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ini saya hendak berkongsi cara untuk melabur dalam unit amanah/unit trust CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Untuk pengetahuan korang terdapat 2 cara untuk melabur dalam unit amanah/unit trust CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA) ini iaitu dengan menggunakan wang tunai atau menggunakan wang KWSP dari akaun 1.






1) Melabur menggunakan wang tunai

Terdapat 2 pilihan untuk korang sekiranya ingin melabur menggunakan wang tunai iaitu melalui kaedah Lump Sump atau melalui kaedah Lump Sump + Regular Saving.

  •   Kaedah Lump Sump  
Melalui kaedah ini korang boleh melabur dengan sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 sahaja. 
  •   Kaedah Lump Sump + Regular Saving
Melalui kaedah kedua ini pula korang perlu melabur sejumlah wang tunai dengan kadar minimum RM500 dan kemudian korang perlu membuat potongan setiap bulan dengan jumlah minimum RM200. Cara potongan adalah melalui kaedah auto debit dari akaun bank korang. Terdapat 5 bank yang menjadi pilihan iaitu:

          - CIMB  (setiap 10 haribulan dan 20 haribulan)
          - Maybank (setiap 14 haribulan dan 28 haribulan)
          - RHB (setiap 12 haribulan dan 25 haribulan)
          - BSN (setiap 5 haribulan dan 19 haribulan)
          - EON/HLB (setiap 8 haribulan dan 16 haribulan)

2) Melabur menggunakan wang KWSP dari Akaun 1

Melalui kaedah ini terdapat syarat-syarat yang dikeluarkan oleh KWSP sebelum melayakkan korang melakukan pelaburan ke unit amanah/unit trust CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA).
Sila layari laman sesawang KWSP ini. http://www.kwsp.gov.my/

P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?

Sekarang saya bukan lagi Perunding Unit Amanah syarikat CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Saya telah berhijrah ke syarikat Phillip Mutual Berhad.

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi


Perunding Unit Amanah
Single License Investment
Emel: deenazmee@gmail.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 29A (Ground Floor), Lebuh Pantai 10300 Pulau Pinang

Sekian, Wassalam

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sy nk tye blacklist blh uat kwsp under cwa x

Aizuddin Azmi berkata...

boleh saya tahu saudara/saudari blacklist dari segi apa? Nak tahu syarat kelayakan untuk pelaburan melalui KWSP akaun 1 boleh rujuk link dibawah ni. :)

http://deenazmee.blogspot.com/2013/03/cara-pelaburan-unit-amanahunit-trust.html

daus HYT berkata...

saya tak faham la.... yg rm500 tu seumur hidup kah atau setiap bulan.... dan klu dah labur dgn cimb tak boleh la melabur dgn kwsp dan bank lain....

Aizuddin Azmi berkata...

@daus HYT

Cara pelaburan Unit Amanah melalui CWA ada 3 cara:

1. Pelaburan Sekaligus (RM 500 Minimum)

2. Ansuran Bulanan
- Buka Akaun RM 500 dan autodebit secara bulanan RM 200 minimum

3. Melalui Akaun 1 KWSP (RM 1,000 minimum)

*Saudara boleh rujuk link dibawah ini untuk pelaburan melaui Akaun 1 KWSP

http://deenazmee.blogspot.com/2013/03/cara-pelaburan-unit-amanahunit-trust.html

http://deenazmee.blogspot.com/2013/07/mengapa-perlu-kembangkan-simpanan-akaun.html

Jika saudara memilih untuk melabur cara sekaligus RM 500 maka hanya sekali sahaja seumur hidup.

Saudara boleh menghubungi saya (019-5481304) sekiranya ingin mengetahui lebih lanjut tentang cara pelaburan Unit Amanah CWA ini.

Sekian, Wassalam. :)

Tanpa Nama berkata...

Saya nk tanya..sy xpasti sy punya berjaya atau x.tp dh sign smua dokumen.n staff cimb kata kita leh tgk kat cimb click.dh msk 1thn dh.guna epf jumlah above 1k

Aizuddin Azmi berkata...

@saudara/saudari

Untuk pengetahuan saudara/saudari saya bukan konsultan CIMB Bank Berhad. Saya merupakan konsultan bagi syarikat pengurusan unit amanah CIMB Wealth Advisors Berhad (CWA). Jika saudara/saudari melabur dengan CIMB Bank saya cadangkan sila hubungi semula konsultan CIMB Bank tersebut untuk membantu. Semoga dapat membantu. :)

tamu hati berkata...

assalamualaikum...bole tahu ade spesifk umur x klau nak buat pelaburan ni...sye student so klau bole sye nak mncuba,,,

tamu hati berkata...

assalamualaikum...bole sya tahu plaburan ni ade spesifk umur x ??
sye student so klau bole sye nk mncuba la....

Aizuddin Azmi berkata...

@tamu hati

Waalaikumussalam, jika pelaburan melalui KWSP syarat layak untuk melabur adalah antara umur 18 tahun hingga 55 tahun sahaja. Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi saya 019-5481304. Semoga dapat membantu. :)

Wafaa berkata...

Saya invest guna method ke 2. Guna kwsp acc 1. Tapi smp sekarang saya tak nampak kesan dia. Invest since 2011.

Wafaa berkata...

Saya guna method kedua. Invest dari 2011. Tp sampai sekarang saya tak nampak untungnya apa. Bab financial dan investment, saya kurang faham. Not in my vocab. Slow sikit nak faham

Aizuddin Azmi berkata...

@Wafaa

Assalamualaikum, saudari Wafaa. Pelaburan Unit Amanah adalah skim pelaburan untuk jangka masa sederhana atau panjang. Sebaik-baiknya 5 tahun ke atas. Saya cadangkan saudari Wafaa bersabar sehingga tahun 2016. Pemilihan fund/dana juga main peranan dalam pelaburan skim Unit Amanah ini. Sila hubungi konsultan saudari Wafaa untuk berbincang tentang prestasi pelaburan tersebut. Sekian, Wassalam. :)

Tanpa Nama berkata...

Salam...saya nk tanya...dividen biasnya mcmn dpt ye?adakah sama mcm asb...tiap2 tahun dr thn pertama..

Aizuddin Azmi berkata...

Wassalam, dividen adalah tiap2 tahun sama seperti ASB..

Hafiz Ahmad berkata...

Nak tahu.. Pelaburan ni halal ke atau diragui seperti asb

achick berkata...

kalo invest 500 pastu every month topup 200 n setiap awal taon sy nk kuarkan..
ada had max tak bpe jumlah boley kuar
mohon pencerahan
tq

Aizuddin Azmi berkata...

@Hafiz Ahmad

Pelaburan saham amanah dana islamik adalah patuh syariah dan di pantau oleh penasihat syariah. Sekiranya dana konvensional tidak patuh syariah. Untuk keterangan lanjut saudara Hafiz Ahmad boleh hubungi saya 019-548 1304 atau emel aizuddin@waficon.com

Aizuddin Azmi berkata...

@achick

Pelaburan Unit Amanah adalah skim pelaburan untuk jangka masa sederhana atau panjang. Sebagai contoh pelaburan untuk simpanan persaraan, pendidikan anak dan lain-lain. Sebaik-baiknya saya cadangkan pelaburan unit amanah ini untuk tempoh 5 tahun ke atas atau lebih.

Tiada had maksimum untuk pengeluaran kerana pelaburan skim unit amanah ini tiada tempoh matang. Boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja. Namun saya tidak mengalakkan sekiranya ingin melabur dalam tempoh kurang daripada 3 tahun.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi saya 019-548 1304 atau emel aizuddin@waficon.com


Tanpa Nama berkata...

kadar dividen tahun 2012 brapa yek..

luqman kamal berkata...

erm sini initial rm 500..nape sy punya start 1k minimum?

Aizuddin Azmi berkata...

@luqman kamal

Salam. Boleh saya tahu saudara luqman kamal melabur dalam dana mana? Minimum untuk buka akaun hanya RM 500 sahaja jika dengan syarikat CWA (Bergantung kepada jenis dana yang dipilih). Saya cadangkan saudara rujuk kembali dengan perunding saham amanah saudara. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (77) Kewangan (51) Unit Amanah (44) Video (36) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Takaful (5) Kesihatan (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) PRS (2) Gusti (1) Kerjaya (1) Personal (1)