:: TERHANGAT DI PASARAN ::

Selasa, 19 Mac 2013

APAKAH ITU INFLASI?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Kali ini saya hendak berkongsi tentang inflasi pula. Apakah itu inflasi? Saya sekadar berkongsi Secara ringkas tentang maksud inflasi ini. Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa. Faham? Hendak tahu lebih lanjut pasal inflasi ini korang boleh baca dekat sini. Hurm. Saya sekadar hendak berkongsi apakah kesan inflasi ini kepada kita? Sebelum tu sila rujuk gambar di bawah ini.



Saya kongsikan contoh ini untuk memudahkan anda faham tentang inflasi.

Inflasi = Nilai wang jatuh = Harga Barang/Perkhidmatan naik

Kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia adalah antara 2.5% hingga 4%. Andaikan kadar inflasi yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia sekarang adalah 4%. Mengikut formula inflasi undang undang 72 nilai wang RM 50 pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu kepada RM 25 selepas 18 tahun.

Andaikan kadar inflasi 4%.

72/Kadar Inflasi
72/4 = 18

2013: RM 50
2031: RM 25 = RM 50 (2013)

2013: RM 500
2031: RM 250 = RM 500 (2013)

2013: RM 5,000
2031: RM 2,500 = RM 5,000 (2013)

2013: RM 50,000
2031: RM 25,000 = RM 50,000 (2013)

2013: RM 500,000
2031: RM 250,000 = RM 500,000 (2013)


2013: RM 5,000,000
2031: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2013)

Mungkin korang akan cakap alah 18 tahun lambat lagi tu. Korang percaya tak kalau saya kata kan kadar inflasi yang sebenar yang ditetapkan oleh institusi kewangan adalah antara 7% hingga 12%? Sama ada korang nak percaya atau tidak terpulang.

Andaikan kadar inflasi adalah 12%. Maka mengikut formula inflasi undang undang 72 nilai wang RM 50 pada hari ini akan berkurang kepada separuh (50%) iaitu kepada RM 25 selepas 6 tahun.

Andaikan kadar inflasi 12%.

72/Kadar Inflasi
72/12 = 6

2013: RM 50
2019: RM 25 = RM 50 (2013)


2013: RM 500
2019: RM 250 = RM 500 (2013)


2013: RM 5,000
2019: RM 2,500 = RM 5,000 (2013)


2013: RM 50,000
2019: RM 25,000 = RM 50,000 (2013)


2013: RM 500,000
2019: RM 250,000 = RM 500,000 (2013)


2013: RM 5,000,000
2019: RM 2,500,000 = RM 5,000,000 (2013)


Kesan inflasi ini sangat serius okay. Berdasarkan gambar tadi nilai wang RM 50 pada tahun 1998 tidak sama dengan nilai RM 50 sekarang. Korang boleh lihat berdasarkan gambar tersebut pada tahun 1998 dengan nilai RM 50 kita mampu membeli satu troli penuh barang keperluan. Pada tahun 2005 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli separuh troli sahaja barangan keperluan. Pada tahun 2012 dengan nilai RM 50 kita hanya mampu membeli lebih kurang suku troli sahaja barangan keperluan. Agak agak korang lagi 10 tahun dengan nilai RM 50 berapa sangatlah barangan keperluan yang kita mampu beli dalam satu troli kan?

Korang sendiri pun dapat rasakan situasi sekarang berapa sangat lah barang keperluan yang mampu kita beli dengan nilai RM 50 hari ini kan berbanding 10 tahun yang lalu? Adakah nilai wang semakin susut? Semakin susut ke nilai wang? Jawapannya inilah kesan inflasi. Faham? Contoh lain yang boleh saya kongsi adalah seperti dibawah ini.

1970an: RM 1 kita mampu beli 4 cawan kopi
1980an: RM 1 kita mampu beli 2 cawan kopi
1990an: RM 1 kita mampu beli 1 cawan kopi

RM 1 hari ini berapa cawan kopi yang kita dapat? Fikirkan. Hehehe. ;)

Apakah langkah kita untuk menghadapi INFLASI?

Saya cadangkan korang mula menyimpan dan melabur wang korang dari sekarang ditempat yang mampu melawan kadar inflasi. Sebagai contoh andaikan kadar inflasi semasa adalah 4% setahun sekiranya korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 6% setahun maka pulangan yang bakal korang perolehi hanya 1.9231% sahaja bukannya 6%. Hal ini kerana pulangan sebanyak 6% perlu ditolak dengan kadar inflasi 4% dan bakinya 1.9231% adalah pulangan korang. Berbaloi tak pulangan korang hanya 1.9231%?

Andaikan kadar inflasi 4%

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(6% - 4%) / (1 + 4%) = 1.9231% (Baki Pulangan Pelaburan)

Bayangkan jika korang mula menyimpan dan melabur dari sekarang ditempat yang mampu memberi pulangan setahun antara 10% hingga 15%. Sebagai contoh sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% setahun korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10% setahun maka pulangan yang bakal korang perolehi adalah 5.7692%. Untung 4.2308% tu. Sekiranya korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 15% setahun, sekiranya kadar inflasi semasa adalah 4% maka pulangan yang bakal korang perolehi adalah 10.5769%. Fuh! Berminat hendak menyimpan dan melabur ditempat yang mampu melawan kadar inflasi dengan pulangan setahun antara 10% hingga 15%?

Andaikan korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10% hingga 15%.

Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 10%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(10% - 4%) / (1 + 4%) = 5.7692% (Baki Pulangan Pelaburan)

Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 12%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(12% - 4%) / (1 + 4%) = 7.6923% (Baki Pulangan Pelaburan)

Andaikan kadar inflasi 4% korang melabur ditempat yang memberi pulangan sebanyak 15%.

(Pulangan Pelaburan – Kadar Inflasi) / (1 + Kadar Inflasi) = Baki Pulangan Pelaburan
(15% - 4%) / (1 + 4%) = 10.5769% (Baki Pulangan Pelaburan)


P/S: Jom kembangkan simpanan untuk melawan kadar Inflasi! Berminat?

Untuk keterangan lanjut & temujanji, sila hubungi:

Aizuddin Azmi
Perunding Kewangan Islam
ACES Advisors
Emel: aizuddin@waficon.com
H/P: 019-548 1304
Alamat: No. 5 Jalan Todak 4 Bandar Sunway Seberang Jaya 13700 Perai, Penang

Sekian, Wassalam

2 ulasan:

Zuan berkata...

ramai tak sedar perkara ni, bayangkan dulu kita ke sekolaah 20 sen dah cukup,sekarang ni rm2 pun tak cukup

Aizuddin Azmi berkata...

@Zuan

betul tu.. inflasi ni dia makan sikit sikit.. kita tak sedar yg nilai wang kita semakin hari semakin turun nilai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

:: MENU ::

Dunia (142) Tempatan (90) Informasi (56) Video (36) Kewangan (30) Unit Amanah (25) Artis (22) Gosip (17) Pelik (16) Misteri (14) Seram (12) Filem (10) Gambar (10) Agama (9) Muzik (9) Atlet (8) Band (7) Raja Lawak (7) Lirik (6) Segmen (6) Sukan (6) Kesihatan (4) Takaful (4) Bloglist (3) Bola Sepak (3) Hukum (3) Produk (3) Ajaib (2) Blog (2) Blogger (2) Blogging (2) Novel (2) Gusti (1) Kerjaya (1) PRS (1) Personal (1)